Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter Fennec TLDM Rekod 20,000 Jam Penerbangan

Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia yang terdiri dari enam buah helikopter AS555SN telah berkhidmat semenjak tahun 2004.

0 2,054

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Airbus Helicopters dan Tentera Laut Diraja Malaysia menganjurkan satu majlis sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 bagi meraikan rekod cemerlang operasi penerbangan Skuadron 502 dengan mencatatkan rekod pencapaian 20,000 jam penerbangan oleh helikopter AS555SN Fennec.

Fabrice Rochereau, Ketua Pemasaran Asia Pasifik, Airbus Helicopters, menyampaikan anugerah kepada Komander Fairul bin Mohd Shukor TLDM, Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia. 

 Upacara tersebut di saksikan oleh Laksamana Pertama, Ahmad Shafirudin Bin Abu Bakar, Panglima Udara Tentera Laut Diraja Malaysia.

Airbus
Gerard Pau, Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Airbus Helicopters, Asia Pacific menyampaikan Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar, Panglima Tentera Laut Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tanda penghargaan untuk memperingati pencapaian TLDM sebanyak 20,000 jam penerbangan dengan armada AS555SN. Menatap ialah Komander Fairul bin Mohd Shukor TLDM, Pegawai Pemerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (Airbus)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia yang terdiri dari enam buah helikopter AS555SN telah berkhidmat semenjak tahun 2004.

 Helikopter pelbagai fungsi seberat dua tan ini digunakan terutamanya sebagai helikopter latihan serta penyokong operasi penerbangan. Secara keseluruhan, skuadron ini berjaya mencatatkan rekod 20,000 jam penerbangan. — DSA

Airbus
Fabrice Rochereau, Ketua Pemasaran Asia Pasifik, Airbus Helicopters menyampaikan anugerah Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar, Panglima Tentera Laut Tentera Laut Diraja Malaysia bagi memperingati pencapaian 20,000 jam penerbangan dengan armada AS555SN. Di paling kiri ialah Gerard Pau, Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif (Airbus)
Comments
Loading...