Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

šŸŽ¬Inilah “KARAOK”, Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal Terbaru Malaysia

šŸŽ¬Peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ juga dikenali sebagai peluru berpandu yang mempunyai kemampuan yang hampir sama dengan peluru berpandu FGM-148 ā€œJavelinā€ dibangunkan secara bersama oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin dan RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon).

0 15,556

Ā (DEFENCE SECURITY ASIA) ā€“ Ini adalah video ujian pelancaran peluru berpandu mudah alih (man-portable) anti-kereta kebal jarak sederhana ā€œtembak dan lupaā€ (fire and forget) ā€œKARAOKā€ yang dibangunkan oleh firma pertahanan Turkiye, ROKETSAN.

Selain mod ā€œfire and forgetā€, peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ juga adalah sistem yang berkemampuan membedil secara langsung (direct) serta ā€œtop attackā€ (bahagian atas) kereta kebal yang dketahui memiliki ketahanan armor yang rendah.

Kaedah ā€œtop attackā€ itu memastikan ā€œKARAOKā€ berkemampuan memusnahkan hampir kesemua kereta kebal utama yang beroperasi pada ketika ini.

Peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ juga dikenali sebagai peluru berpandu yang mempunyai kemampuan yang hampir sama dengan peluru berpandu FGM-148 ā€œJavelinā€ dibangunkan secara bersama oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin dan RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon).

Dalam ujian pelancaran yang dipaparkan dalam video itu, terdapat tiga sasaran iaitu pada 1.5km, 1km dan juga 500 meter dimana kesemua sasaran berjaya dibedil oleh peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ itu.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ adalah berkaliber 125mm mampu membedil sasaran di antara jarak di antara 2.5km hingga 4km dan juga dilengkapi dengan sistem panduan Imaging Infrared Seeker serta peledak armor piercing tandem warhead.

Komponen bagi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana ā€œKARAOKā€ itu terdiri daripada Command Launch Unit (CLU) yang boleh dipakai berulang-kali sama seperti sistem Javelin dan peluru berpandunya.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan Malaysia disahkan telah memilih sistem peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ buatan syarikat ROKETSAN daripada Turkiye untuk memenuhi keperluan Tentera Darat bagi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana.

Perkara itu disahkan oleh pengurus besar syarikat Ketech Asia, yang merupakan rakan tempatan kepada syarikat Roketsan kepada media pertahanan antarabangsa, Janes baru-baru ini.

Perjanjian perolehan di antara Kementerian Pertahanan Malaysisa dengan ROKETSAN telah pun ditandatangi dan Malaysia akan memperolehi 18 unit pelancar sistem itu dengan dijangkakan lebih daripada 100 buah peluru berpandu anti-kereta kebal ā€œKARAOKā€ itu dipesan.

Karaok
“Karaok”

 

Malaysia merupakan negara eksport pertama yang memilih sistem peluru berpandu anti-keretaĀ  ā€œKARAOKā€ keluaran ROKETSAN daripada Turkiye untuk angkatan tenteranya.

ā€œKARAOKā€ akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana ā€œMetis-Mā€ (AT-13 Saxhorn) buatan Russia yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia sejak 20 tahun lalu.

Pemilihan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal daripada Turkiye itu menyusuli tender Kementerian Pertahanan Malaysia yang diiklankan pada Mac lalu untuk memperolehi 18 buah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana.

Tender itu juga termasuk simulator dalaman, simulator luaran dan pelbagai peralatan ujian. — DSA

DEFENCEĀ Ā SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin:Ā haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...