Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

335 Kenderaan Tentera Israel Musnah, Hampir 400 Anggota Terbunuh Setakat Ini

“Seramai 392 anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh sementara lebih daripada 2,000 anggota tentera Israel Defense Force (IDF) mengalami kecederaan.”

0 27,636

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak bermulanya konflik bersenjata di diantara pejuang Palestin dan Hezbollah dengan tentera Israel pada 7 Okt hingga ke hari ini, sebanyak 335 buah kenderaan pelbagai jenis milik tentera Israel dilaporkan musnah atau rosak akibat pertempuran setakat ini.

Kenderaan milik tentera Israel yang dilaporkan musnah atau rosak akibat pertempuran yang berlaku di Gaza, Israel serta selatan Lubnan itu termasuklah kereta-kereta perisai, kereta kebal, helikopter, bas, lori tangki dan lain-lain.  

“Sementara itu, seramai 392 anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh sementara lebih daripada 2,000 anggota tentera Israel Defense Force (IDF) mengalami kecederaan.”

Sebelum ini Defence Security Asia melaporkan bahawa berdasarkan kepada imej-imej satelit di utara Semenanjung Gaza, sebanyak 88 buah kenderaan perisai dan kereta kebal milik tentera Israel dilaporkan musnah atau rosak teruk akibat bedilan senjata anti-kereta kebal oleh unit-unit kecil pejuang Palestin.

Laporan oleh pemerhati pertahanan antarabangsa yang memantau apa yang berlaku di Gaza ketika ini menyatakan bahawa jumlah itu melibatkan 23 peratus daripada 383 buah kenderaan perisai milik tentera Israel yang dikesan oleh satelit beraksi di utara Semenanjung Gaza.

Israel

Kejayaan oleh anggota Briged Al-Qassam, Hamas dan Hezbollah memusnah dan menyebabkan kerosakan teruk kepada kenderaan perisai atau kereta kebal Merkava yang digunakan oleh tentera Israel telah diperakui oleh pemerhati pertahanan antarabangsa.

Laporan kemusnahan dan kerosakan yang tinggi dialami oleh kenderaan perisai tentera Israel di bahagian utara Semenanjung Gaza adalah selari dengan laporan kematian serta kecederaaan dialami oleh pegawai dan anggota pasukan armor Israel, sebagaimana dilaporkan oleh media-media Israel.

“Selain itu turut dilaporkan bahawa 760 peneroka haram Israel, orang awam dan lain-lain dilapor terbunuh. Bagaimanapun punca kematian mereka sehingga kini masih tidak lagi jelas dan punca kematian tidak boleh dinyatakan, “ menurut laporan.

Pada 20 November lalu, media Israel, Haaretz melaporkan bahawa siasatan oleh polis Israel menunjukkan helikopter tentera negara itu melepaskan tembakan terhadap pengunjung pesta muzik Nova pada 7 Okt lalu.

Pasukan keselamatan Israel dituduh membunuh rakyatnya sendiri ketika ia bergegas kepada laporan pencerobohan oleh anggota Hamas pada 7 Oktober lalu dan menuduh pejuang Palestin itu melakukannya.Israel

Israel

Helikopter tentera Israel itu berlepas daripada pangkalan tenteranya di Ramat David dan telah melepaskan tembakan terhadap anggota Hamas tetapi turut mengenai rakyatnya sendiri.

Sementara itu laporan turut menyatakan bahawa konflik di antara Palestin dan Israel ketika ini telah menyebabkan ekonomi negara Yahudi itu terpaksa menanggung kerugian sebanyak US$48 bilion (RM216 bilion) untuk tahun ini dan tahun depan.

Syarikat Leader Capital Market dalam laporannya menyatakan bahawa kerajaan Israel akan menanggung dua pertiga daripada kos keseluruhan perang itu manakala satu pertiga ditanggung oleh Amerika Syarikat menerusi bantuan ketenteraannya.

Kementerian Kewangan Israel juga menyatakan bahawa konflik ketika ini menyebabkan negara Yahudi itu terpaksa berbelanja sebanyak US$270 juta (RM1.2 bilion) setiap hari untuk melaksanakan peperangan itu.

Peperangan itu bermakna kerajaan Israel terpaksa meminjam daripada sumber-sumber luar untuk membiayai ekonominya yang terjejas teruk akibat peperangan itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...