Jom Lihat Spesifikasi Kapal Selam Nuklear Kelas-Virginia Bakal Dioperasi Australia
Dibina pada tahun 2000 dan ditauliah pada tahun 2004, Tentera Laut Amerika Syarikat merancang untuk membina sejumlah 66 buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia tetapi sehingga kini ia telah membina sebanyak 22 buah kapal selam kelas tersebut.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada awal 2030-an, Amerika Syarikat akan menjual kepada Australia tiga buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia (SSN-774) dan pilihan dua buah kapal selam kelas yang sama, sekiranya mendapat kelulusan daripada kongres negara itu.
Buat pertama kali, Australia yang juga merupakan negara anggota Kerjasama Pertahanan Lima Negara (FPDA) bersama-sama Malaysia akan memiliki kapal-kapal selam berkuasa nuklear.
Australia akan mengoperasikan kapal-kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia itu terlebih dahulu sebelum ia dan Britain membina kapal selam kelas-AUKUS menggunakan teknologi nuclear propulsion Amerika Syarikat pada awal 2040-an.
Ini semua adalah sebahagian daripada kerjasama ketenteraan dinamakan “AUKUS” (Australia,United Kingdom dan United States).
AUKUS diwujudkan untuk menangani sebarang tindakan agresif dan menyumbang kepada kestabilan di kawasan Indo-Pasifik dan antarabangsa.
Ok, sebelum Australia memiliki kapal selam berkuasa nuklear kelas-AUKUS yang canggih pada 2040-an, ia akan menggunakan kapal-kapal berkuasa nuklear kelas-Virginia yang diperolehinya daripada Amerika Syarikat.
Mari kita lihat dengan lebih dekat spesifikasi kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia.
Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia dibangunkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat dan sehingga ke hari ini ia hanya dioperasikan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan kapal selam penyerang berkuasa nuklear kelas-Los Angeles.
Kapal selam itu direka dan dibina oleh syarikat General Dynamic Electric Boat dan Huntington Ingalls Industries.
Dibina pada tahun 2000 dan ditauliah pada tahun 2004, Tentera Laut Amerika Syarikat merancang untuk membina sejumlah 66 buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia tetapi sehingga kini ia telah membina sebanyak 22 buah kapal selam kelas tersebut.
Comments are closed.