Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat China “Himpit” Taliban, Mahu Eksploitasi Sumber Asli Bernilai Afghanistan

Syarikat-syarikat China telah menunjukkan minat yang amat mendalam untuk mengekploitasi desposit Lithium yang banyak di tersimpan di perut muka bumi Afghanistan yang dianggarkan bernilai di antara US$1 Trillion (RM4 Trilion) hingga US$3 Trillion (RM12 Trilion).

0 1,522

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak tentera Amerika Syarikat keluar daripada Afghanistan yang didudukinya sejak tahun 2001, China telah cuba menjalin hubungan yang lebih erat dengan kumpulan Taliban yang kini memerintah negara Asia Selatan itu.

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Asli dan Petroleum Afghanistan menyatakan bahawa sebuah syarikat China, Gochin telah menyatakan hasrat mereka untuk melabur US$10 bilion (RM40 bilion) bagi mengeksploit sumber asli negara itu yang bernilai tinggi.

Syarikat-syarikat China telah menunjukkan minat yang amat mendalam untuk mengekploitasi desposit Lithium yang banyak di tersimpan di perut muka bumi negara itu dan dianggarkan bernilai di antara US$1 Trillion (RM4 Trilion) hingga US$3 Trillion (RM12 Trilion).

Afghanistan
Lombong Lithium di Afghanistan.

 

Juga dikenali sebagai “minyak” abad ke-21, Lithium banyak digunakan dalam pembuatan bateri, komputer riba dan kenderaan elektrik serta hybrid.

Selain Afghanistan yang memang diakui menyimpan deposit Lithium antara terbesar di dunia, sumber asli itu juga boleh didapati dalam kuantiti yang besar di Argentina, Bolivia dan Chile.

Menteri Sumber Asli dan Petroleum Afghanistan Shahabudin Delawar berkata pelaburan oleh syarikat China itu membantu mewujudkan kira-kira 120,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu.

Syarikat China itu turut menawarkan khidmatnya untuk memperbaiki Terowong Salang yang menghubungkan bahagian utara dan selatan negara itu dalam tempoh tujuh bulan dan membina sebuah lagi terowong.

Segala deposit Lithium yang diekstrak oleh syarikat China tidak akan dibawa keluar daripada Afghanistan,sebaliknya akan diproses dalam negara dan untuk memastikan perkara itu dapat dijayakan maka sebuah janakuasa hidroelektrik juga akan dibina.

Afghanistan

Selain Lithium, kerajaan Afghanistan dipimpin oleh Taliban juga telah menandatangani perjanjian dengan China Petroleum Economics and Information Research Centre (CPEIC) untuk membangunkan Lapangan Minyak Amu Darya Basin.

Pakar-pakar USGS (United States Geological Survey (USGS)  telah menjalankan kajian yang mendalam tentang sumber-sumber mineral dimiliki oleh Afghanistan dan mendapati negara yang “miskin dan bermasalah itu” memiliki simpanan mineral yang banyak  seperti emas, perak, tembaga, besi, chromite, lithium, uranium dan aluminium.

Kajian oleh pihak USGS juga mendapati perut bumi Afghanistan menyimpan sekurang-kurangnya 60 juta metric tan tembaga, 2.2 bilion tan bijih besi, 1.4 juta tan elemen nadir bumi atau (rare earth elements) (REEs) seperti lanthanum, cerium, neodymium selain aluminium, emas, perak, zinc, mercury dan lithium.

Jika Arab Saudi adalah “raja” kepada pengeluaran minyak dunia, maka Afghanistan pula boleh menjadi “raja” bagi pengeluaran “lithium” jika ada pihak yang berjaya memanafaat kehadiran nadir bumi itu untuk pasaran dunia.

Menurut pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang melakukan analisa terhadap satu lokasi di wilayah Ghazni menunjukkan deposit lithium Afghanistan adalah sama besar dengan apa yang dimiliki oleh Bolivia yang diperakui sebagai memiliki rizab deposit lithium terbesar di dunia.

Pihak USGS juga menganggarkan bahawa deposit di Kompleks Khanneshin di wilayah Helmand boleh menghasilkan di antara 1.1 juta metrik tan hingga 1.4 juta metrik tan elemen nadir bumi (REE).

Afghanistan

Ramai pakar menyatakan bahawa sumber-sumber nadir bumi yang dimiliki oleh Afghanistan adalah diantara yang terbesar di dunia.

Adalah tidak memeranjatkan negara yang terletak di kedudukan strategik itu menjadi sasaran oleh negara-negara kuasa besar yang lain selepas Amerika Syarikat mengundurkan tenteranya pada tahun lepas.

Elemen nadir bumi (REE) adalah elemen penting dalam pembuatan barangan atau komponen peralatan teknologi masa kini seperti telefon bimbit, televisyen, kereta elektrik, komputer, laser dan bateri serta pelbagai macam barangan yang lain.

Selain penting untuk barangan awam, REE juga amat penting untuk penghasilan komponen industri pertahanan seperti sistem navigasi, peluru berpandu, satelit dan sistem komunikasi tentera. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...