Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam TLDM Sebagai “Aset Perisikan” Penting Negara

Sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan TLDM, kedua-dua kapal selam negara yang dibangunkan oleh firma DCNS daripada Perancis dan Navantia daripada Sepanyol telah melaksanakan pelbagai misi dan operasi serta menempa kejayaan demi kejayaan dalam mempertahankan sempadan perairan negara.

0 4,323

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sudah 12 tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengoperasikan dua buah kapal selam kelas-Perdana Menteri daripada jenis “Scorpene” yang diberi nama “KD Tunku Abdul Rahman” dan “KD Tun Abdul Razak.”

Sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan TLDM, kedua-dua kapal selam negara yang dibangunkan oleh firma DCNS daripada Perancis dan Navantia daripada Sepanyol  telah melaksanakan pelbagai misi dan operasi serta menempa kejayaan demi kejayaan dalam mempertahankan sempadan perairan negara.

Bagaimanapun, satu daripada tugasan yang sudah semestinya amat penting dilaksanakan oleh kapal selam kelas-Perdana Menteri TLDM ini tetapi tidak digembar-gemburkan kerana tahap kerahsiaannya yang amat tinggi membabitkan pengumpulan maklumat perisikan maritim.

Sebab itulah angkatan kapal selam ini juga dipanggil “Silent Service.” (perkhidmatan yang senyap)

Panglima Angkatan Kapal Selam TLDM Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir berkata, kedua-dua kapal selam negara adalah aset perisikan yang amat canggih.

Kapal Selam TLDM
KD Tunku Abdul Rahman dan helikopter Fennec TLDM.

“Kapal selam kita ini merupakan salah satu aset untuk mencari maklumat Intelligence, Surveillance and ReconnaisanceI (ISR). Ini adalah sumber perisikan negara yang tercanggih, owing to the unique properties yang dimiliki oleh kapal selam. Kapal selam juga memilik pelbagai equipment yang sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas perisikan maritim.”

“Ia (KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak) adalah aset untuk ISR, sumber perisikan negara yang tercanggih,” kata Mohd Razib dalam satu wawancara tidak lama dahulu.

ISR merujuk kepada Intelligence, Surveillance and Reconnaisance.

Menurut beliau,  keupayaan aset strategik iaitu kapal selam dalam melakukan aktiviti perisikan adalah amat unik.

“Kita tidak macam surface ship, sekiranya aset daripada negara luar datang (ke perairan kita), kita akan hantar kapal perang so kedua-dua kapal perang berada di kawasan tersebut dan ianya mudah untuk menimbulkan konflik sekiranya berlaku salah faham.”

“Tetapi bagi kapal selam, kita boleh berada di kawasan tersebut dan melakukan aktiviti perisikan tanpa diketahui oleh pihak musuh, orang tidak tahu kita berada di situ tapi kita still collect intelligence,” menurut beliau.

Torpedo
Torpedo Black Shark yang digunakan oleh kapal selam TLDM

 

Disebabkan operasinya yang jauh daripada pandangan pihak musuh, maka kapal selam masih boleh berada di kawasan (konflik atau suasana tegang) untuk mendapatkan maklumat. Kita masih boleh berada di kawasan tersebut tanpa meningkatkan ketegangan,” katanya.

Jika negara tidak memiliki kemampuan kapal selam, ia tidak akan mampu untuk berbuat demikian.

“Bayangkan jika kita tiada kapal selam, kita tidak mampu berbuat perkara ini, kita akan hantar surface ship yang pihak musuh boleh nampak atau kapal  terbang yang musuh boleh kesan.”

“Tetapi jika kita menghantar kapal selam, tiada orang akan tahu,” kata Panglima Angkatan Kapal Selam TLDM itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...