Mengapa Kapal Selam Berkuasa Nuklear “Lebih Baik” Dari Kapal Selam Konvensional
Bukan setakat adalah amat mahal untuk membina sebuah kapal selam nuklear, tetapi pembinaannya memerlukan pengetahuan dan teknologi sains nuklear serta tenaga kerja yang berkemahiran untuk membinanya, yang bukan semua negara memilikinya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, kerajaan memutuskan bahawa ia akan mewujudkan kerjasama pertahanan dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat yang dipanggil “AUKUS” (Australia, United Kingdom dan United States)
Menerusi kerjasama pertahanan itu, Australia akan melengkapkan tentera lautnya dengan armada kapal-kapal selam berkuasa nuklear.
Pada masa ini, kapal selam Australia itu hanya berkuasa nuklear dan ia tidak memberikan kenyataan sama ada kapal selam berkuasa nuklear-nya itu juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik nuklear.
Nuclear-fuelled dan nuclear-armed adalah dua perkara yang berbeza.
Mengapa Australia memilih untuk melengkapkan tentera lautnya dengan kapal selam berkuasa nuklear, sekaligus menyertai enam lagi negara di dunia seperti China, Perancis, India, Russia, Britain dan Amerika Syarikat yang memiliki armada kapal selam nuklear.
Canberra sanggup membatalkan kontraknya bernilai US$40 bilion untuk mendapatkan 12 buah kapal selam konvensional daripada Perancis dan memilih kapal selam nuklear menggunakan teknologi kapal selam nuklear daripada Amerika Syarikat dan Britain.
Sudah pasti ada kelebihan yang amat nyata dimiliki oleh kapal selam nuklear berbanding kapal selam konvensional.
Antara kelebihan kapal selam nuklear terletak kepada reactor nuklearnya yang menghasilkan kuasa elektrik yang amat banyak untuk menjana pergerakan kapal selam itu.
Kuasa reaktor di dalam kapal selam nuklear itu dijana oleh uranium yang sudah diperkayakan menerusi proses untuk menjadi “uranium-235.”
Bagi sesebuah kapal selam nuklear, ia boleh terus beroperasi selama 30 tahun tanpa ada keperluan untuk “re-fuel”, maknanya bahan uranium-235 (isotop uranium) dalam reaktor kapal selam itu berkemampuan menggerakkan kapal selam itu selama 30 tahun tanpa sebarang masalah.
Walaupun Australia memiliki uranium tetapi ia tidak mempunyai uranium-235 yang memerlukan proses pengkayaan (enrichment) yang rumit, tetapi ia boleh mendapatkan bahan itu daripada sekutu-sekutunya.
Kapal selam nuklear itu juga mampu bergerak dengan lebih laju untuk suatu jangka masa yang lebih lama berbanding kapal-kapal selam diesel-elektrik.
Selain itu, kapal selam berkuasa nuklear juga mampu berada di bawah permukaan air lebih lama selama berbulan lamanya tanpa perlu naik ke permukaan untuk “udara.”
Ini menjadikannya “lebih halimunan” untuk suatu jangka masa yang lama, sekaligus memudahkannya untuk digerakkan kawasan-kawasan operasi yang sukar dicapai oleh kapal-kapal selam konvensional.
Bagaimanapun, faktor yang membantut usaha pemilikan kapal selam berkuasa nuklear ini adalah kosnya yang amat tinggi untuk membina sebuah kapal selam nuklear itu.
Bukan setakat ia adalah amat mahal untuk membina sebuah kapal selam nuklear, tetapi pembinaannya memerlukan pengetahuan dan teknologi sains nuklear serta tenaga kerja yang berkemahiran untuk membinanya, yang bukan semua negara memilikinya.
Sebuah kapal selam nuklear boleh menelan belanja berbilion-bilion dollar Amerika untuk membinanya.
Comments are closed.