Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal-Kapal Perang Russia Adakan Latihan Serangan Jauh Berhampiran Perairan Amerika Syarikat

Kementerian Pertahanan Russia turut mengeluarkan video menunjukkan kapal friget “Admiral Gorshkov” sedang melakukan latihan serangan jarak jauh itu di perairan yang tidak diketahui lokasinya, walaupun ramai pemerhati menyatakan ia tidak jauh daripada kawasan pesisiran pantai Amerika Syarikat.

0 6,975

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal Tentera Laut Russia termasuk sebuah kapal selam berkuasa nuklear sempat melakukan latihan serangan jarak jauh ketika berada tidak jauh daripada kawasan pesisir pantai Amerika Syarikat semasa dalam pelayaran menuju ke Cuba.

Kumpulan empat buah kapal Tentera Laut Russia itu terdiri daripada friget “Admiral Gorshkov”, kapal selam kelas-Yasen “Kazan”, kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker”.

Kapal friget “Admiral Gorshkov” dan kapal selam kelas-Yasen “Kazan” adalah antara kapal perang permukaan dan kapal selam berkuasa nuklear paling canggih dalam armada Tentera Laut Russia pada ketika ini.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Russia, kapal-kapal Tentera Laut Russia terbabit melaksanakan simulasi serangan jarak jauh terhadap sasaran tentera laut “musuh” yang terletak kira-kira 600km jauhnya.

Kapal friget “Admiral Gorshkov” dan kapal selam kelas-Yasen “Kazan” dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” yang bukan sahaja memiliki kelajuan Mach 10 tetapi juga berkeupayaan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,000km.

Selain peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”, kedua-dua aset moden Russia itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu kruis “Kalibr” dan “Oniks” yang boleh membedil sasaran-sasaran jarak jauh.

Russia
“Admiral Gorshkov”

 

Kementerian Pertahanan Russia turut mengeluarkan video menunjukkan kapal friget “Admiral Gorshkov” sedang melakukan latihan serangan jarak jauh itu di perairan yang tidak diketahui lokasinya, walaupun ramai pemerhati menyatakan ia tidak jauh daripada kawasan pesisiran pantai Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kapal friget “Admiral Gorshkov” telah melaksanakan latihan menangani serangan udara menggunakan meriam dan sistem pertahanan udara.

Kementerian Pertahanan Russia tidak mendedahkan lokasi sebenar kawasan latihan kapal-kapal perang tetapi ia dipercayai tidak berapa jauh daripada sempadan maritim Amerika Syarikat.

Semalam, kapal-kapal perang Russia itu dikatakan berada hanya dilaporkan berada hanya kira-kira 66 batu (106km) daripada kawasan pesisir pantai Florida, Amerika Syarikat ketika ia dilaporkan sedang belayar ke Cuba.

Pemerhati Open Source Intelligence (OSINT) dan data-data daripada aplikasi penjejakan penerbangan/pelayaran menunjukkan aset-aset laut dan udara Amerika serta Kanada menunjukkan mereka sedang “shadow” dan mengekori aset-aset tentera Russia itu.

Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut Kanada dilaporkan telah mengerah pesawat-pesawat anti-kapal selam mereka, P-8 Poseidon dan P-3 Orion untuk “shadow” kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal selam kelas-Yasen “Kazan.”

Florida
Kapal selam kelas-Yasen

 

Turut sama dalam aktiviti “shadow”kapal-kapal perang Russia ketika mereka sedang menuju ke Cuba itu adalah sebuah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat CG Stone, dua buah kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat USS Truxtun dan USS Donald Cook serta sebuah kapal friget Tentera Laut Kanada HMCS Ville de Quebec.

Terdapat juga laporan mengatakan sebuah kapal friget kelas-La Fayette Tentera Laut Perancis terlibat dalam aktiviti “shadow” kapal-kapal perang Russia itu.

Amerika dan Kanada mungkin menyedari tentang betapa hampirnya wilayah mereka dengan aset-aset tentera Russia yang membawa pelbagai sistem persenjataan berbahaya yang berkemampuan membedil sasaran-sasaran jarak jauh.

Kehadiran kapal-kapal Tentera Laut Russia berhampiran perairannya telah menyebabkan Washington “mengelabah”, menyebabkan mereka bertindak mengerah kapal-kapal perangnya dan pesawat ASW (Anti Submarine Warfare) untuk memantau pelayaran kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal friget Admiral Gorshkov dan kapal selam “Kazan.”

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, Kementerian Luar Cuba menyatakan empat buah kapal perang Russia akan berkunjung Cuba pada minggu depan, yang merupakan kehadiran terbesar kapal-kapal perang Russia ke negara Carribeanitu sejak beberapa dekad ini.

Florida
Sebuah kapal perang La-Fayette Perancis dilaporkan sedang “shadow” kapal-kapal serang Russia yang sedag dalam pelayaran ke Cuba.

 

Russia dan sebelum itu Kesatuan Soviet mempunyai hubungan persahabatan yang rapat dengan Cuba sejak berdekad lamanya dan kunjungan kapal-kapal perang itu mengukuhkan hubungan diplomatik dan ketenteraan antara Moscow dan Havana.

Kerajaan Cuba juga menjelaskan bahawa kapal-kapal perang Russia itu akan berada di negara Amerika Tengah yang bersempadan dengan Amerika Syarikat daripada 12 hingga 17 Jun dan tiada satu daripada kapal perang Russia itu akan membawa senjata nuklear.

“Kapal-kapal Russia itu tidak akan memberikan sebarang ancaman kepada rantau,” kata kerajaan Cuba dalam satu kenyataan.

Russia

Walaupun kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba itu diperakui sebagai suatu perkembangan, tetapi pegawai-pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia tidak mengusarkan mereka daripada segi keselamatan.

Kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba itu berlaku ketika Presiden Vladimir Putin menyatakan bahawa negaranya akan mengambil langkah-langkah tidak simetri (asymmetrical) di seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap langkah Amerika Syarikat membenarkan Ukraine menggunakan senjata-senjata yang dibekalkannya untuk menyerang Russia. — DSA

Comments
Loading...