Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selama 4 Bulan Kapal China Cuba “Sabotaj” Aktiviti Cari Gali Minyak Malaysia, Indonesia

Kapal-kapal China itu mensasarkan aktiviti yang dilakukan oleh dua buah drillship, iaitu "West Capella" yang beroperasi di perairan Malaysia dan "Clyde Boudreaux" yang beroperasi di perairan utara Pulau Natuna, Indonesia, 

0 12,614

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak empat bulan lepas, Beijing telah mengerahkan kapal-kapalnya untuk menganggu aktiviti cari gali minyak dan gas Malaysia dan Indonesia di Laut China Selatan, tindakan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menurut badan bukan kerajaan, Asia Maritime Transparency Initiatve (AMTI) yang memantau perkembangan di Laut China Selatan berkata, kapal-kapal China berada di kawasan-kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kedua-dua negara “sepanjang masa.”

Kapal-kapal China itu mensasarkan aktiviti yang dilakukan oleh dua buah drillship, iaitu “West Capella” yang beroperasi di perairan Malaysia dan “Clyde Boudreaux” yang beroperasi di perairan utara Pulau Natuna, Indonesia, 

“Sebuah kapal penyelidik China, Da Yang Hao telah dihantar ke perairan pelantar benua (continental shelf) Malaysia untuk melakukan penyelidikan.”

“Apa yang membuatkan kapal itu dikerah ke perairan Malaysia adalah aktiviti drillship, West Capella yang sememangnya tidak asing terhadap gangguan daripada kapal-kapal China. West Capella dikontrak kepada syarikat minyak dan gas Thailand, PTTEP sejak Julai lepas untuk melakukan kerja-kerja menggerudi di lapangan minyak, Siakap North Petai yang terletak di Blok,” menurut laporan oleh AMTI.

Kapal China
Imej satelit menunjukkan kapal penyelidik China, Da Yang Hao diiringi oleh empat buah kapal China ketika ia menceroboh perairan Malaysia, (kredit AMTI)

 

Menurut badan bukan kerajaan berpengkalan di Washington itu lagi, kehadiran kapal Da Yang Hao di kawasan perairan pelantar benua milik Malaysia adalah dua buah kapal penyelidikan pelbagai guna dikenali sebagai Yue Xia Yu Zhi 20028 dan Yue Xia Yu Zhin 20027 serta sebuah militia maritim “Qiong Sansha Yu 318”.

Keempat-empat kapal kerajaan China itu diiringi sebuah kapal pengawal pantai negara itu, CCG 6307, mungkin untuk memberikan kawalan keselamatan.

Pada 4 Okt lepas, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk menyatakan bantahan negara terhadap keberadaan dan aktiviti kapal-kapal China, termasuk kapal penyelidikan, di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.

Dan respons daripada China adalah dibawah:

“Kapal penyelidik itu (milik China) sedang melaksanakan penyiasatan saintifik yang biasa di dalam kawasan perairannya sendiri,” ( the survey vessel was conducting a “normal scientific investigation” in its own territory),” kenyataan Kementerian Luar China, sebagaimana dilaporkan oleh media-media asing.

“Gangguan berterusan daripada kapal-kapal China itu terhadap aktiviti cari gali minyak dan gas di dalam peta Nine Dash Line telah menyukarkan lagi usaha pelaburan di dalam industri minyak dan gas di rantau Asia Tenggara ini,” menurut AMTI.

Admin dalam artikel sebelum ini juga ada menulis bagaimana gangguan daripada kapal-kapal China ini boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk mensabotaj ekonomi atau lebih tepat industri minyak dan gas Malaysia dan Indonesia.

Jika gangguan kapal-kapal China ini berterusan dan semakin meningkat pada masa depan, mungkin tidak ada lagi pelabur yang mahu melabur dalam aktiviti cari gali minyak dan gas di Laut China Selatan, yang sebagaimana yang kita tahu adalah “capital intensive.”

Kapal China
Kredit AMTI

 

Sepanjang masa kapal penyelidik, Da Yang Hao itu berada di dalam perairan Malaysia menjalankan “kerja-kerja penyelidikan”, ia telah ditemani oleh oleh empat buah kapal China yang lain. 

AMTI turut menyertakan gambar-gambar satelit yang diambil pada 15 Oktober lepas menunjukkan kehadiran empat buah kapal China itu di perairan Malaysia untuk “menemani” Da Yang Hao yang melakukan penyelidikan dasar laut.

Dalam laporannya itu, badan bukan kerajaan terbabit mengatakan ia tidak mengesan kehadiran kapal-kapal penguatkuasa Malaysia berada berhampiran dengan kapal penyelidik China itu.

Kapal penyelidik China itu memulakan aktivitinya di dalam perairan Malaysia itu pada 25 September, iaitu sehari selepas pesawat-pesawat pejuang Malaysia dan pesawat pengebom Tentera Udara Amerika Syarikat, B-52 mengadakan latihan PASSEX di Selat Melaka.

Menurut AMTI lagi, sememangnya kapal-kapal milik China itu terutamanya kapal penyelidik, Da Yang Hao mensasarkan aktiviti yang dijalankan oleh drillship “West Capella”.

Sebaik sahaja menceroboh perairan Malaysia, kapal penyelidik China itu telah “berkunjung” ke kawasan operasi West Capella sebanyak tiga kali iaitu pada 26 September, 7 Oktober dan 10 Oktober, menurut badan bukan kerajaan itu.

Kapal penyelidik, Da Yang Hao itu berada hanya kira enam batu nautika daripada drillship, West Capella yang sedang beroperasi di dalam lapangan minyak Blok K dalam perairan ZEE Malaysia.  

Da Yang Hao
Sebuah kapal perang Littoral Combat Ship (LCS) Amerika Syarikat berlayar hampir dengan kapal ultra deepwater drillship, West Capella tahun lepas.

 

Gangguan kapal-kapal China itu hanya mempunyai satu matlamat iaitu, ia mahukan negara-negara seperti Malaysia dan Indonesia menghentikan aktiviti mencari gali minyak dan gas.

Beijing mahukan negara-negara Asia Tenggara itu bekerjasama dengannya dalam meneroka lapangan-lapangan minyak yang terletak di dalam perairan Malaysia dan Indonesia itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.

 

Comments
Loading...