Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat FA-50/TA-50 Dapat Pelanggan Baru…

Menurut sumber tempatan yang dipetik oleh portal pertahanan antarabangsa, Defense News berkata, Tentera Udara Colombia memilih kombinasi pesawat FA-50 dan TA-50 dalam persaingan yang turut melibatkan pesawat M-346 yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

0 6,867

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Colombia muncul sebagai pelanggan terbaru syarikat gergasi aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) apabila memilih kombinasi pesawat FA-50 dan TA-50 sebagai pesawat pejuang ringan dan pesawat latihan lanjutannya.

Tentera Udara negara Amerika Selatan itu dijangka membelanjakan kira-kira US$600 juta (RM2.4 bilion) untuk memperolehi 20 buah pesawat FA-50 dan TA-50.

Menurut beberapa maklumat sebelum ini, sebuah pesawat TA-50 dianggarkan bernilai US$21 juta (RM84 juta) manakala FA-50 pula bernilai kira-kira US$30 juta (RM120 juta) bergantung kepada peralatan dan komponen yang dipasang pada pesawat itu.

FA-50

Kedua-dua pesawat pejuang ringan dan latihan lanjutan (Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft – FLIT/LCA) itu akan dilengkapi dengan kemampuan untuk melakukan serangan udara-ke-udara dan udara-ke-darat.

Menurut sumber tempatan yang dipetik oleh portal pertahanan antarabangsa, Defense News berkata, Tentera Udara Colombia memilih kombinasi pesawat FA-50 dan TA-50 dalam persaingan yang turut melibatkan pesawat M-346 yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

Tentera Udara Colombia memilih pesawat FA-50 dan TA-50 itu bagi menggantikan pesawat pejuang ringan dua enjin Cessna A-37B Dragonfly yang secara rasminya telah ditamatkan oleh negara Amerika Selatan itu pada June 2021.

Colombia menggunakan pesawat pejuang ringan Cessna A-37B Dragonfly selama 40 tahun untuk memerangi insurgensi di negara itu dan serta sebagai pesawat latihan.

A-37B
Pesawat A-37B Dragonfly

 

 

Negara itu dipercayai memiliki 30 buah pesawat A-37B Dragonfly.

Pesawat baru buatan Korea Selatan yang bakal dimiliki oleh Bogota itu juga akan memainkan peranan yang sebelum ini dipikul oleh pesawat pejuang Kfir buatan Israel yang akan ditamatkan perkhidmatannya bermula daripada tahun depan.

Buat masa ini menurut portal Defense News, masih tiada calon untuk menggantikan pesawat-pesawat Kfir Tentera Udara Colombia itu.  

Tentera Udara Colombia bakal menjadi negara keenam yang memperolehi pesawat FA-50 dan TA-50 sekiranya laporan oleh Defense News itu betul.

FA-50

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain Korea Selatan, pesawat pejuang/latihan yang dibangunkan bersama oleh KAI dan Lockheed Martin itu turut digunakan oleh Thailand, Filipina, Indonesia dan Iraq.

Apakah Malaysia akan mengikut jejak langkah Colombia dan lima negara yang lain dalam memilih pesawat pejuang ringan/latihan FA-50/TA-50 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas ini?

Sama-samalah kita tunggu…harap-harap tidak lama lagi. — DSA

Comments
Loading...