Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Jom Saksikan Pejuang Palestin Bedil Kereta Perisai Israel Guna Peluru Berpandu “Red Arrow” China

(VIDEO) Dalam kedua-dua video yang dikeluarkan oleh pejuang Hamas bulan Jun dan semalam,  ia menunjukkan pejuangnya menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China, “HJ-8L Red Arrow” terhadap kenderaan perisai “Namer” milik tentera Israel.

0 1,602

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam, pejuang Palestin sekali lagi telah mengeluarkan video menunjukkan mereka membedil kenderaan perisai tentera Israel menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal China milik mereka yang jarang-jarang dipertontonkan kepada dunia luar.

Ia menyusuli pengeluaran video yang sama pada Jun lalu di mana pejuang Palestin buat pertama kalinya menunjukkan mereka melancarkan sistem peluru berpandu buatan China itu untuk membedil kereta perisai “Namer” milik tentera Israel di kawasan pertempuran di Rafah, selatan Gaza.

Dalam insiden kedua yang dipercayai berlaku beberapa hari lalu, pejuang Palestin itu menggunakan peluru berpandu buatan China itu untuk membedil kereta perisai “Namer” milik tentera Israel di kawasan pertempuran di Rafah.

Dalam kedua-dua video yang dikeluarkan oleh pejuang Hamas bulan Jun dan semalam,  ia menunjukkan pejuangnya menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China, “HJ-8L Red Arrow” terhadap kenderaan perisai “Namer” milik tentera Israel.

Sebelum ini, pejuang Hamas tidak diketahui memiliki sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China yang dibangunkan oleh syarikat pembuat senjata negara itu, NORINCO.

Sehingga kini, pihak tentera Israel belum memberikan sebarang komen tentang insiden itu.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8 atau Hongjian-8 adalah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal generasi kedua menggunakan tiub pelancar, dipandu oleh wire ke sasaran dan juga optically-tracked.

Mula digunakan oleh tentera darat China pada akhir 1980-an, sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow itu dilaporkan adalah sama tarafnya dengan sistem-sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Barat seperti BGM-71 Tow daripada Amerika Syarikat dan Euromissile HOT oleh Eropah.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow itu telah digunakan dalam pelbagai konflik termasuklah di Yugoslavia, Sudan dan Sri Lanka.  

Peluru berpandu itu dilengkapi dengan kepala peledak HEAT (High Explosive Anti-Tank), sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow buatan China menggabungkan beberapa elemen daripada sistem peluru berpandu anti-kereta kebal Barat.

Palestin

Penganalisis menyatakan tripod sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China itu meniru sistem peluru berpandu TOW buatan Amerika Syarikat, manakala sistem tracker-control unit pula adalah insiprasi daripada sistem peluru berpandu MILAN dan peluru berpandu daripada peluru berpandu Swingfire daripada United Kingdom.

Keseluruhan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow itu memiliki berat keseluruhan 24kg dan berkeupayaan membedil sasaran sejauh 4,000 meter.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow buatan China itu turut dihasilkan oleh Pakistan yang menamakannya “Bakhtar Shikan” yang merupakan varian kepada sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China itu.

Namer
Kereta perisai “Namer” Israel
Red Arrow
Peluru berpandu anti-kereta kebal “Red Arrow”

 

Sebagaimana yang kita tahu, sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Bakhtar Shikan” turut digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Bagaimanapun, tempoh perkhidmatan “Bakhtar Shikan” dengan tentera darat Malaysia berkemungkinan besar akan berakhir tidak lama lagi, apabila negara memperolehi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal yang kebal yang lebih moden, menggunakan konsep serangan “top attack.” — DSA

 

Comments
Loading...