Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Lancar Kapal Selam Kelas-Taigei Yang Ketiga

Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain hasil penggunaan bateri Lithium-ion.

0 3,085

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) atau Tentera Laut Jepun secara ringkasnya telah melancarkan kapal selam kelas-Taigei yang ketiga dinamakan “Jingei” di limbungan kapal milik Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di Kobe.

Kapal selam kelas-Taigei merupakan kapal selam diesel elektrik termoden yang dimilik oleh Tentera Laut Jepun.

Kapal selam pertama daripada kelas itu, Taigei telah dilancarkan oleh MHI pada Oktober 2020 dan ditauliahkan oleh Tentera Laut Jepun pada Mac 2022, manakala kapal selam kedua kelas-Taigei “Hakugei” telah dilancarkan oleh Kawasaki Heavy Industries (KHI) pada Oktober 2021.

Jingei
“Jingei”

 

Kapal selam “Jingei” dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Jepun pada tahun depan.

Jepun memiliki sejarah yang panjang dalam membina kapal selam konvensional yang berkeupayaan tinggi dan tradisi itu diteruskan dengan pembinaan tujuh buah kapal selam kelas-Taigei yang bermaksud “Big Whale” atau “Ikan Paus Besar” di dalam bahasa Jepun.

Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain.

Tempoh kapal selam kelas-Taigei sepanjang 84 meter dan berat 3,000 tan berada di bawah permukaan laut hanya dapat diatasi oleh kapal-kapal berkuasa nuklear, sebagaimana di dakwa oleh penganalisis pertahanan Jepun.

Mengapa kapal selam kelas-kelas Taigei itu boleh berada di bawah permukaan dengan lama?

Kapal Selam
Kapal selam kelas- Taigei

 

Jawapannya adalah bateri Lithium-Ion yang dibawa oleh kapal selam moden itu untuk menyimpan kuasa elektrik yang dijana oleh enjin diesel kapal selam itu bagi membolehkannya berada di bawah permukaan laut lebih lama dan bergerak lebih pantas.

Jepun telah menjalankan kajian yang terperinci tentang penggunaan bateri Lithium-Ion untuk kapal-kapal selamnya sejak awal tahun 2000.

Negara itu mendapati penggunaan bateri Lithium-Ion hanya memerlukan penyelenggaran yang minimal dan membuatkan kapal selam berkemampuan untuk bergerak dengan lebih laju serta berada lebih lama di bawah permukaan air.

Bateri Lithium-Ion juga akan menjadikan kapal selam Jepun lebih senyap ketika berada dibawah permukaan laut, menyukarkan lagi untuk dikesan oleh sonar kapal pihak musuh.

Kapal selam kelas-Taigei Jepun juga dikatakan antara kapal selam paling senyap ketika berada di bawah permukaan hasil kajian bertahun-tahun lamanya oleh Tentera laut Jepun, dengan mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh air laut disekelilingya ketika ia bergerak serta bunyi yang dihasilkan daripada kipas kapal selam itu,

Kapal Selam

 Ketika ini, Jepun adalah satu-satunya negara yang menggunakan bateri Lithium-Ion pada kapal-kapal selamnya.

Kemasukan kapal selam diesel-elektrik “Taigei” itu akan menjadikan bilangan keseluruhan armada kapal selam Jepun kepada 22 buah.

Kapal selam kelas-Taigei Jepun itu berkemampuan membawa sehingga enam buah torpedo serta peluru-peluru berpandu “Harpoon” untuk melaksanakan misi-misi offensive.

Tokyo merupakan antara sekutu rapat Amerika Syarikat dan usaha membesarkan angkatan kapal selam oleh Jepun sudah semestinya disambut baik oleh Washington, pada ketika China juga aktif dalam meningkatkan keupayaan maritim mereka.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada ketika ini, China mengoperasikan kira-kira enam buah kapal selam berkuasa nuklear dan 50 buah kapal selam konvensional.

Bateri Lithium Ion digunakan oleh kapal selam kelas-Taigei itu dibekalkan oleh syarikat pembekal bateri. GS Yuasa. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...