Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Mahu Hala 1,000 Peluru Berpandu Kruis Type-12 Ke China

Tokyo dilaporkan akan menaiktaraf peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan, "Type 12" kepada peluru berpandu kruis jarak jauh bagi membolehkan ia mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sehingga sejauh 1,000km.

0 5,593

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Bagi meningkatkan kemampuan untuk melakukan serangan balas terhadap “musuh-musuhnya”,  Jepun sedang menimbangkan untuk mensasarkan kira-kira 1,000 peluru berpandu kruis jarak jauh yang sedang dibangunkannya terhadap China.

Tokyo dilaporkan akan menaiktaraf peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan, “Type 12” kepada peluru berpandu kruis jarak jauh bagi membolehkan ia mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sehingga sejauh 1,000km.

Peluru berpandu Type 12 yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries (MHI) akan dinaiktaraf daripada sekadar peluru berpandu anti-kapal kepada peluru berpandu kruis jarak jauh.

Type 12
Peluru berpandu Type-12 Jepun dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries.

 

Pada ketika ini, jarak maksima peluru berpandu Type 12 milik Jepun hanya mampu membedil sasaran sejauh 200km.

Tentera Jepun merancang untuk melengkapkan peluru-peluru berpandu Type 12 yang telah dinaiktaraf itu di kapal-kapal perangnya atau pesawat pejuang serta beberapa pulau yang terletak berhampiran dengan China.

Ia meletakkan sasaran pada tahun 2024 untuk mula mengerah peluru berpandu kruis jarak jauh Type 12 itu, dua tahun lebih awal daripada perancangannya.

Selain itu, kerajaan Jepun juga bercadang untuk menyertakan “kemanpuan serangan balas” (counter strike capabilities) Strategi Keselamatan Kebangsaan (National Security Strategy).

Type 12

Peluru berpandu kruis jarak jauh akan menjadi keperluan asas di dalam Strategi Keselamatan Kebangsaan Jepun yang baru.

Walaupun Jepun diperakui sebagai diantara negara yang memiliki angkatan bersenjata paling lengkap, tetapi fokusnya lebih kepada pertahanan negara itu.

Jepun tidak mempunyai kemampuan serangan balas, untuk melancarkan serangan terhadap musuhnya daripada negaranya sendiri.

Bagaimanapun, peningkatan kemampuan dan ancaman daripada China dan Korea Utara telah menyebabkan Tokyo untuk berfikir dua kali tentang kemampuannya untuk melaksanakan serangan balas terhadap musuhnya.

Menerusi analisa yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, ia menyatakan bahawa China memiliki kira-kira 1,900 peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh dilancarkan daripada sistem pelancar daratnya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Manakala rejim Korea Utara pula dilaporkan memiliki sehingga 300 buah peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh membedil mana-mana lokasi di Jepun.

Selain peluru-peluru berpandu balistik jarak sederhana, Beijing dan Pyongyang juga giat membangunkan peluru berpandu Hypersonic yang didakwa boleh “menembusi” sistem pertahanan udara kedua-dua negara itu.

Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe menyatakan bahawa sistem pertahanan udara negara itu seperti Patriot dan Aegis tidak berkemampuan untuk menangani ancaman peluru-peluru berpandu balistik serta hypersonic yang dimiliki oleh “musuhnya.” — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...