Pembangkang Jepun Mahu Tentera Negara Itu Miliki Kapal Selam Nuklear
Dengan 22 buah kapal selam konvensional, Jepun adalah negara keempat di dunia memiliki kapal selam terbanyak, dibelakang Amerika Syarikat, China dan Russia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa pihak di Jepun terutamanya parti-parti pembangkang mahukan tentera laut negara itu memiliki kapal-kapal selam berkuasa nuklear (nuclear-powered dan bukan nuclear-armed) bagi berhadapan dengan tentera China yang semakin agresif di Indo-Pasifik serta Russia yang menceroboh Ukraine.
Jepun juga masih memiliki pertikaian wilayah dengan China dan Russia.
Pihak-pihak yang menyokong pemilikan kapal selam berkuasa nuklear oleh Jepun mengatakan aset bawah permukaan itu akan meningkatkan kuasa deterren negara itu serta kemampuannya dalam aspek pemantauan dan pengawasan.

Antara yang menyokong cadangan supaya Tokyo memiliki kapal selam nuklear adalah pemimpin-pemimpin Parti Inovasi Jepun (Japan Innovation Party) dan Parti Demokratik Untuk Rakyat (Democratic Party For The People).
“Jepun memerlukan kapal selam yang moden (berkuasa nuklear) untuk meningkatkan kuasa deterren-nya,” kata pemimpin Parti Inovasi Jepun, Ichiro Matsui manakala pemimpin Parti Demokratik Untuk Rakyat, Yuchiro Tamaki pula mendakwa kapal selam nuklear mempunyai kelebihannya tersendiri.
“Kapal selam berkuasa nuklear mempunyai kemampuan untuk berada di bawah permukaan air selama berbulan lamanya, sekaligus membolehkannya untuk melaksanakan operasi pemantauan dan pengawasan yang panjang,” kata Tamaki.
Mereka mengakui bahawa kapal selam berkuasa nuklear sememangnya mempunyai kelebihan berbanding kapal-kapal selam konvensional.
Pada ketika ini Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Force) memiliki 22 buah kapal selam, semuanya konvensional dan berkuasa diesel-elektrik yang amat moden.
Dengan 22 buah kapal selam, Jepun adalah negara keempat di dunia memiliki kapal selam terbanyak, dibelakang Amerika Syarikat, China dan Russia.
Kapal selam kelas-Taigie merupakan kapal selam terbaru yang dilancarkan oleh Jepun pada tahun 2020 dan dilengkapi oleh bateri Lithium-Ion.
Comments are closed.