Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Bakal Bina Kapal Pemusnah 20,000 Tan, Antara Terbesar Dalam Armada

Kedua-dua kapal pemusnah “gergasi” dengan berat mencecah sehingga 20,000 tan itu akan sepanjang 690 meter, sekaligus menjadikannya diantara kapal perang Jepun paling besar dan paling berat dalam armadanya sejak Perang Dunia Kedua.

0 4,117

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun merancang membina dua buah kapal Pertahanan Peluru Berpandu Balistik (BMD – Ballistic Missile Defence) yang berat masing-masing mencecah 20,000 tan, menjadikan ia di antara kapal perang paling besar dan paling berat dimiliki oleh Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) sejak Perang Dunia Kedua.

Menurut portal berita USNI, Tokyo mengambil keputusan membina kedua-dua kapal BMD itu selepas ia membatalkan hasrat untuk membina kemudahan pertahanan udara AEGIS di daratan kerana dikhuatiri serpihan peluru berpandu balistik yang ditembak jatuh oleh sistem AEGIS itu akan jatuh di kawasan daratan.

Keputusan Jepun membina kedua-dua buah kapal BMD itu diambil pada ketika negara-negara jirannya iaitu, China dan Korea Utara sedang meningkatkan kemampuan peluru berpandu balistiknya sama ada yang berkepala peledak konvensional atau nuklear.

Kapal Pemusnah
Kapal pemusnah AEGIS Jepun.

 

Ketika ketegangan di Selat Taiwan baru-baru ini berpunca daripada kunjungan Speaker Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke pulau itu, Beijing telah melancarkan 11 buah peluru berpandu balistik ke kawasan perairan sekitar Taiwan.

Kerajaan Jepun menyatakan dua daripada peluru berpandu yang dilancarkan oleh China itu telah “jatuh” di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Jepun berhampiran kepulauan Okinawa.

Insiden itu telah menggemparkan kerajaan Jepun kerana ia disifatkan sebagai “amaran” terhadap Tokyo serta Amerika Syarikat yang menempatkan puluhan ribu anggota tenteranya di Okinawa itu.

Selain daripada Beijing, Jepun juga memantau dengan penuh bimbang tindakan rejim Korea Utara melaksanakan ujian-ujian peluru berpandu balistik yang boleh dilengkapi dengan kepala-kepala peledak nuklear.

Pada ketika ini, tugasan menangani ancaman udara sama ada yang datang daripada peluru berpandu balistik atau pesawat dipikul oleh lapan buah kapal pemusnah tentera laut negara itu.

Kapal Pemusnah Jepun

Menurut portal berita itu lagi, kedua-dua kapal pemusnah “gergasi” dengan berat mencecah 20,000 tan itu akan memiliki panjang  690 kaki menjadikan ia sebagai diantara kapal perang Jepun yang paling besar dan paling berat di dalam armadanya.

Pada ketika ini, kapal perang paling besar yang dimiliki oleh Tentera Laut Jepun adalah kapal pengangkut helicopter kelas-Izumo yang memiliki berat 27,000 (full load) dan sepanjang lebih 800 kaki.

Kapal pemusnah (destroyer) paling besar dimiliki oleh Jepun pada ketika ini adalah daripada kelas-Maya yang memiliki berat 8, 200 tan.

AEGIS
Sistem AEGIS di daratan milik Amerika Syarikat.

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Setiap satu kapal itu akan mempunyai 110 anak kapal, dengan kapal BMD pertama berkemungkinan akan ditauliahkan pada tahun 2027 manakala kapal BMD yang kedua pula ditauliahkan setahun selepas itu.

Kementerian Pertahanan Jepun juga menyatakan bahawa kedua-dua kapal BMD itu memiliki kemampuan untuk menangani peluru berpandu hypersonik.

Ia juga berkata akan berusaha untuk mendapatkan kedua-dua kapal “gergasi” dengan kemampuan menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan secepat mungkin. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

Comments
Loading...