Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Giat Ubahsuai JS Izumo Jadi Kapal Pengangkut Pesawat, Saingi China

Pada ketika ini, kapal JS Izumo seberat 27,000 tan itu dikategorikan sebagai helicopter destroyer, tetapi selepas selepas kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan dengan bantuan daripada Amerika Syarikat, ia akan menjadi sebuah kapal pengangkut pesawat dengan berkemampuan membawa sekurang-kurangnya 10 buah pesawat pejuang F-35B.

0 2,667

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Amerika Syarikat giat membantu Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) membantu mengubahsuai kapal JS Izumo daripada sebuah kapal Helicopter Destroyer kepada sebuah kapal pengangkut pesawat bagi menangani ancaman tentera China di Indo-Pasifik.

Pada ketika ini, kapal JS Izumo seberat 27,000 tan itu dikategorikan sebagai helicopter destroyer, tetapi selepas selepas kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan dengan bantuan daripada Amerika Syarikat, ia akan menjadi sebuah kapal pengangkut pesawat dengan berkemampuan membawa sekurang-kurangnya 10 buah pesawat pejuang F-35B.

Selain kapal JS Izumo, Jepun juga sedang mengubahsuai sebuah lagi kapal helicopter destroyer JS Kaga untuk menjadikannya kapal pengangkut pesawat.

Di dalam tempoh beberapa tahun ini, Tokyo bakal memiliki kapal pengangkut pesawat.

Terbaru, Tentera Laut Amerika Syarikat telah menganugerahkan kontrak kepada syarikat Raytheon Intelligence and Space di bawah Foreign Military Sales (FMS) bernilai US$8.6 juta (RM34.4 juta) untuk memperolehi peralatan dipanggil “Joint Precision and Approach Landing System” (JPALS).

JS Izumo
JS Izumo dan kapal pengangkut pesawat Amerika, USS Ronald Reagan

 

Peralatan JPALS itu kemudiannya akan dioperasikan di kapal Tentera Laut Jepun, JS Izumo pada 2024.

JPALS akan membolehkan pendaratan pesawat dilakukan sama ada di darat atau diatas kapal dan diintergrasikan dengan pesawat F-35B yang merupakan varian Short Take-Off Vertical Landing (STOVL) pesawat F-35 dimana Jepun akan memperolehi sejumlah 42 buah.

Peralatan JPALS digunakan di kesemua kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan juga kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut British, HMS Queen Elizabeth dan juga HMS Prince of Wales.

Tentera Laut Itali juga menggunakan JPALS itu di atas kapal ITS Cavour.

75 tahun selepas kekalahannya pada Perang Dunia Kedua, Jepun kini secara rasmi kembali memiliki kapal pengangkut pesawat apabila kerja-kerja pengubahsuaian kapal Helicopter Destroyer miliknya “JS Izumo”  kepada kapal pengangkut pesawat berjalan dengan lancar dan bakal siap tidak lama lagi.

Ancaman ketenteraan daripada China telah memaksa kerajaan Jepun untuk mengeluarkan belanja jutaan dollar bagi mengubahsuai JS Izumo dan JS Kaga untuk menjadi kapal pengangkut pesawat.

JS Izumo
Kapal pengangkut pesawat pertama Jepun selepas 75 tahun, JS Izumo.

 

Kapal JS Izumo sudah selesai melaksanakan pusingan pertama kerja-kerja pengubahsuainnya kepada kapal pengangkut pesawat yang menelan belanja US$30 juta (RM120 juta) dan sedang melaksanakan kerja pengubahsuaian seterusnya.

Kerja-kerja pengubahsuaian terhadap kapal JS Kaga baru sahaja bermula pada awal tahun lepas.

Pada Oktober 2021, dua buah pesawat pejuang F-35B (STOVL) milik Marines Tentera Laut Amerika Syarikat telah melakukan ujian penerbangan dan pendaratan daripada kapal JS Izumo itu.

Ujian penerbangan pesawat-pesawat F-35B milik Amerika Syarikat telah berjaya dilakukan.

“Ujian penerbangan itu telah membuktikan bahawa kapal JS Izumo mempunyai kemampuan untuk menyokong penerbangan dan pendaratan pesawat-pesawat VTOL di atas lautan,yang akan memberikan kita (Tentera Jepun) opsyen tambahan kepada sistem pertahanan udara kita di Lautan Pasifik pada masa depan,” kata komander Tentera Laut Jepun Laksamana Shukaku Kumota.

Sememangnya, kehadiran JS Izumo dan JS Kaga sebagai kapal pengangkut pesawat mini selepas pengubahsuaian adalah amat tepat ketika China meningkatkan keupayaan angkatan tenteranya sehingga mengancam negara-negara jirannya.

JS Izumo
Pesawat F-35B Kor Marin Amerika Syarikat berlepas dari kapal JS Izumo.

 

Tindakan Jepun mengubahsuai JS Izumo serta “kembarnya”, JS Kaga menjadi kapal pengangkut pesawat amat tidak disenangi oleh China yang mendakwa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali menjadi kuasa tentera sebagaimana yang berlaku pada Perang Dunia Kedua.

Beijing pernah menyuarakan kegusaran mereka terhadap rancangan Jepun mengubahsuai JS Izumo dan JS Kaga, meminta Tokyo supaya membatalkan hasrat mereka itu.

Kedua-dua kapal kelas-Izumo (JS Izumo dan JS Kaga) itu dianggarkan bernilai lebih US$1 billion setiap satu dan mula  ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.

JS Izumo mula dibina pada tahun 2011.

Tugas-tugas utama JS Izumo dan JS Kaga ketika mula-mula dibina adalah untuk membawa helikopter bagi tugasan peperangan anti-kapal selam (ASW), operasi kemanusiaan dan untuk tinjauan (surveillance). — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

 

Comments
Loading...