Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina, Amerika Bakal Adakan Latihan Tentera Paling Besar, “Amaran” Pada China

Latihan ketenteraan terbesar di antara Filipina dan Amerika Syarikat itu membuktikan hubungan semakin erat antara kedua-dua negara di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos yang mengutuk tindakan “agresif” Beijing di Laut China Selatan termasuk memancar pancaran laser terhadap kapal pengawal pantai Filipina beberapa hari lepas.

0 2,249

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Filipina dan Amerika Syarikat akan melaksanakan latihan ketenteraan paling besar  yang pernah dianjurkan oleh kedua-dua negara bersekutu itu sejak 2015, berlatarbelakangkan peningkatan ketegangan dengan China di Laut China Selatan.

Latihan ketenteraan terbesar di antara Filipina dan Amerika Syarikat itu membuktikan hubungan semakin erat antara kedua-dua negara di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos yang mengutuk tindakan “agresif” Beijing di Laut China Selatan termasuk memancar pancaran laser terhadap kapal pengawal pantai Filipina beberapa hari lepas.

Latihan tentera tahunan “Balikatan” akan dilaksanakan pada suku kedua tahun ini dan melibatkan lebih daripada penyertaan 8,900 anggota tentera pada tahun lepas, menurut Panglima Tentera Darat Filipina Jeneral Romeo Brawner.

 “Kesemua latihan tentera yang dilakukan adalah sebagai respons terhadap semua jenis ancaman yang bakal kita hadapi pada masa depan, sama ada buatan manusia atau secara semulajadi,” kata Brawner.

Latihan tentera itu akan melibatkan pelbagai aktiviti, tidak hanya membangunkan kemampuan bertempur kedua-dua angkatan tentera tetapi juga aspek-aspek bukan tradisional seperti bantuan kemanusian dan tindakan ketika menghadapi bencana alam,kata beliau.

China
Kapal pengawal pantai China.

 

Pada Selasa, Presiden Marcos memanggil duta China ke Filipina untuk melahirkan kebimbangan yang serius terhadap intensiti dan kekerapan aktiviti kapal-kapal China di Laut China Selatan, dimana Beijing mengakui sebahagian besar daripada perairan itu adalah miliknya.

Penggunaan pancaran laser sehingga membutakan buat seketika krew kapal pengawal pantai Filipina pada 6 Feb yang lalu, telah menimbulkan kebimbangan dan pernyataan sokongan daripada Australia, Jepun dan Amerika Syarikat.

Insiden pancaran laser  itu berlaku pada 6 Feb lepas, kira-kira 20km daripada Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, yang diduduki oleh anggota Marines Filipina.

Second Thomas Shoal itu turut dipanggil “Ayungin” oleh pihak Filipina, manakala Beijing pula memanggilnya Renai.

Kapal pengawal pantai Filipina tersebut sedang membantu misi penghantaran bekalan kepada anggota tentera Marines yang ditempatkan di sebuah kapal tentera laut lama di Second Thomas Shoal itu.

Minyak
Gambar Kapal Pengawal Pantai China berhampiran pelantar minyak dan gas Malaysia di perairan Sarawak. (ehsan pembaca Defence Security Asia)

 

Tentera Marines Filipina menduduki kapal tentera laut lama dan tidak lagi berfungsi di Second Thomas Shoal itu untuk mengukuhkan lagi tuntutan Manila terhadap kawasan perairan itu.

Kapal pengawal pantai China itu menurut Manila, telah menembak laser berwarna hijau ke arah krew kapal pengawal pantai Filipina “sehingga menyebabkan krew-krew kapal yang berada di anjungan kapal itu buta buat seketika.”

Kapal pengawal pantai China itu juga didakwa melakukan manuver berbahaya dengan menghampiri kapal pengawal pantai Filipina itu pada jarak 140 meter.

Harpoon
Gambar kredit Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat,Brig Jen Patrick Ryder berkata bahawa Washington akan menggandakan usaha bersamanya dengan Manila untuk meningkatkan kemampuan ketenteraan dan kawalan pantai Filipina untuk menjunjung orde antarabangsa yang berdasarkan kepada undang-undang.

Baru-baru ini, kerajaan Filipina telah memberikan akses yang lebih meluas kepada Amerika Syarikat terhadap pangkalan-pangkalan tenteranya, dalam usaha Manila untuk mengekang tindakan semakin agresif Beijing di Laut China Selatan dan ketegangan di Selat Taiwan.  — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...