Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Mahu Keupayaan “Serangan Balas”, Tingkat Bajet Pertahanan RM344 Bilion

Jepun bercadang meningkatkan belanjawan pertahanannya kepada lebih dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu atau kira US$86 bilion (RM344 bilion),

0 1,402

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berdepan dengan tekanan daripada tentera China, perang Russia-Ukraine serta ujian peluru berpandu Korea Utara, kerajaan Jepun bercadang meningkatkan belanjawan pertahanannya sekali ganda.

Pada ketika ini, belanjawan pertahanan Jepun berjumlah kira-kira US$42 bilion (RM168 bilion) atau 1.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Kini, kerajaan Jepun bercadang meningkatkan belanjawan pertahanannya kepada lebih dua peratus daripada KDNK negara itu atau kira US$86 bilion (RM344 bilion), sekaligus menyahut seruan Amerika Syarikat supaya negara-negara sekutu meningkatkan belanjawan pertahanan mereka.

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

 

Walaupun dengan RM168 bilion, Jepun merupakan negara kesembilan di dunia dengan kadar belanjawan pertahanan terbesar di dunia.

Dengan peningkatan kepada RM344 bilion, Jepun bakal menjadi antara negara yang memiliki belanjawan terbesar di dunia,berkemungkinan hanya dibelakang Amerika Syarikat dan China sahaja.

Peningkatan belanjawan pertahanan itu akan memastikan Tokyo dapat berkongsi dalam menanggung kos penjagaan keselamatan di Indo-Pasifik yang selama ini banyak ditanggung oleh Amerika Syarikat.

Dengan peningkatan sekali ganda belanjawan pertahanan Jepun, negara-negara di rantau boleh menjangkakan juga peningkatan keupayaan tentera Jepun berbanding pada ketika ini.

Jepun
Kereta kebal Type 10 milik Jepun.

 

Kerajaan Jepun yang dipimpin oleh parti Liberal Demokrat berkata peningkatan belanjawan pertahanan itu adalah akibat keadaan geo-politik antarabangsa daripada perang Russia-Ukraine kepada sikap agresif China, Korea Utara dan Russia.

Menteri Pertahanan Jepun Nabuo Kishi pula berkata peningkatan belanjawan pertahanan negara itu akan memberikan Tokyo kemampuan untuk “menyerang balas” bagi mempertahankan dirinya daripada sebarang tindakan agresif di rantau itu.

Strategi pertahanan peluru berpandu Jepun pada ketika ini menumpukan kepada kemampuan untuk memintas peluru-peluru berpandu yang dilancarkan oleh pihak musuh, tetapi dengan China, Korea Utara dan Russia kini berlumba-lumba membangunkan peluru berpandu hypersonic, strategi pertahanan Jepun itu diihat tidak lagi berkemampuan.

JS Izumo
Kedua-dua kapal LHD JS Izumo dan JS Kaga milik Jepun yang bakal diubahsuai untuk menjadi “mini aircraft carrier.”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sebab itulah kerajaan Jepun mencadangkan untuk memiliki kemampuan untuk “menyerang balas” untuk memastikan ia berupaya menangani serangan-serangan pihak musuh.

Kerajaan Liberal Democrat Jepun mencadangkan supaya pihak tentera Jepun bukan sahaja memiliki keupayaan menyerang balas pangkalan-pangkalan tentera musuh tetapi juga apa sahaja aset/pusat kawalan dan pemerintahan (command and control) milik mereka.

“Ia termasuk pusat-pusat kawalan yang bertanggungjawab memberikan arahan supaya Jepun diserang,” katanya. — DSA

Comments
Loading...