Israel Peroleh 25 Buah F-15IA Bernilai US$5.2 Billion (RM21.95 Billion) Dari Amerika Syarikat
Perolehan pesawat pejuang F-15 buatan syarikat Boeing itu juga menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tetap menjadi pembekal senjata terbesar kepada Israel dan menjadi “pelindung” utama kepada keselamatannya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Israel menandatangani kontrak perolehan 25 buah pesawat pejuang F-15 dianggarkan bernilai US$5.2 billion (RM21.95 billion) yang disifatkannya sebagai “amat bersejarah”.
Pesawat-pesawat pejuang akan mula diserahkan pada tahun 2031 dan mengambil masa selama lima bagi kesemua 25 buah pesawat pejuang itu diserahkan kepada Israel.
Perolehan pesawat pejuang F-15 buatan syarikat Boeing itu juga menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tetap menjadi pembekal senjata terbesar kepada Israel dan menjadi “pelindung” utama kepada keselamatannya.
Perolehan 25 buah pesawat pejuang F-15 oleh Israel sebenarnya sudah dijangka sepanjang tahun walaupun Israel berhadap dengan konflik di Semenanjung Gaza dan beberapa negara jirannya terutama Iran, Lubnan, Syria dan Yemen.
Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Israel, rundingan antara kedua-dua pihak diselesaikan beberapa hari lalu di antara wakil Kementerian Pertahanan Israel di Amerika Syarikat, syarikat Boeing dan Tentera Udara Israel.

Comments are closed.