Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ISIS Pemilik Sebenar Dadah “Captagon” Bernilai RM5.2 Bilion Yang Dirampas Di Pelabuhan Klang?

Dadah jenis Captagon ini bukanlah dadah-dadah yang biasa dirampas oleh pihak berkuasa di negara kita yang lebih biasa berurusan dengan rampasan dadah seperti ganja, heroin, kokain, syabu, ecstasy dan lain-lain lagi.

0 6,538

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, pihak berkuasa negara telah merampas dadah  “Captagon”” bernilai RM5.2 billion, yang diiktiraf sebagai rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan di Malaysia.

Dadah tersebut telah dirampas daripada tiga kontena di Pelabuhan Kelang, hasil kerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

captagon

Namun apa yang menarik adalah dadah yang dirampas itu adalah daripada jenis “Captagon” yang merupakan sejenis dadah daripada keluarga “Amphetamines” yang juga dikenali dengan nama saintifiknya “fenethylline hydrochloride.”

Dadah jenis Captagon ini bukanlah dadah-dadah yang biasa dirampas oleh pihak berkuasa di negara kita yang lebih biasa berurusan dengan rampasan dadah seperti ganja, heroin, kokain, syabu, ecstasy dan lain-lain lagi.

Captagon ini adalah sejenis dadah yang amat popular dikalangan pengguna di Timur Tengah, yang juga dikenali sebagai “drug jihad” yang digunakan oleh anggota kumpulan pengganas ISIS (Daesh) terutamanya di Syria.

Pihak berkuasa anti dadah negara luar berkata Captagon banyak ditemui di kawasan-kawasan yang diduduki oleh pengganas ISIS di Syria.

Dadah Captagon juga digunakan oleh mereka yang melakukan serangan pengganas di Paris pada 2015 yang membunuh 90 orang.

Captagon itu dikatakan membuang rasa takut dikalangan penggunanya, khayal dan supaya menggunanya tidak berada penat.

Captagon

Dikatakan Syria merupakan pengeluar terbesar dadah Captagon ini, kumpulan ISIS adalah pihak yang paling banyak menghasilkan dadah itu untuk membiayai operasi dan kegiatan kumpulan pengganas itu di seluruh dunia.

ISIS dikatakan memperolehi ratusan juta dollar daripada penjualan dadah Captagon ini.

Pihak berkuasa pencegahan dadah PBB iaitu UNODC dalam laporan mereka mengatakan Syria dan Lubnan adalah negara pengeluar terbesar dadah jenis Captagon.

Persoalan timbul sama ada pihak kumpulan pengganas ISIS adalah mereka yang berada di belakang rampasan dadah Captagon terbesar di Pelabuhan Kelang beberapa hari lepas.

Ada pihak-pihak dalam negara ke yang bekerjasama dengan ISIS untuk membawa masuk Captagon ke Malaysia?

Dan adakah dadah Captagon yang dirampas di Malaysia adalah untuk kegunaan dalam negara atau sama ada negara ini dijadikan tempat transit yang baru untuk mengedar dadah itu ke negara-negara lain.

Dua hari lepas, Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa membabitkan rampasan 16 tan pil captagon dianggarkan bernilai RM5.2 bilion di Pelabuhan Klang, Selangor.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata sindiket terbabit memasukkan dadah berkenaan dalam roda troli bertujuan mengabui pihak berkuasa.

“Susulan maklumat perisikan diterima daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, sepasukan anggota kastam dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kastam menyita tiga kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Klang pada kira-kira jam 4 petang 15 Mac lalu.

“Hasil pembongkaran menjumpai kira-kira 94.8 juta pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamine dengan anggaran berat kasar 16 tan bernilai kira-kira RM5.2 bilion yang disorokkan dalam roda troli.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...