Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Kerah Sistem EW Berkuasa Tinggi Avtobaza-M aka “Pembunuh Dron” Untuk Lindungi Teheran

Sistem peperangan elektronik berkuasa tinggi Avtobaza yang dikendalikan oleh Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) itu amat digeruni oleh pemerhati tentera Barat berikutan dakwaan kejayaan “menewaskan” dron rahsia Amerika Syarikat, RQ-170 "Sentinel" pada 2011.

0 20,067

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilaporkan telah mengerah sistem peperangan elektronik berkuasa tinggi, “Avtobaza-M” di beberapa kawasan di ibu negara, Teheran sebagai persiapan terhadap serangan balas daripada Israel dan Amerika Syarikat.

Kerahan sistem peperangan elektronik berkuasa tinggi, Avtobaza ke sekitar ibu negara, Teheran itu menyusuli laporan sama beberapa hari lalu mengatakan bahawa Iran turut mengerah sistem pertahanan udara jarak dekatnya, Zoubin yang juga digelar “Iron Dome Iran” ke sekitar ibu negara.

Sistem peperangan elektronik berkuasa tinggi Avtobaza yang dikendalikan oleh Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) itu amat digeruni oleh pemerhati tentera Barat berikutan dakwaan kejayaan “menewaskan” dron rahsia Amerika Syarikat pada 2011.

Tentera Iran hanya memperolehi sistem peperangan elektronik Avtobaza itu daripada Russia kira-kira enam bulan sebelum kejayaannya “menawan” dron halimunan Amerika Syarikat itu.

Ketegangan di antara Iran dan Israel semakin memuncak selepas pesawat-pesawat pejuang negara Yahudi itu mengebom bangunan kedutaan Iran di Damsyik, Syria dan membunuh tiga pegawai tinggi tentera Iran berpangkat Jeneral.

Avtobaza
Sistem EW “Avtobaza” di jalanraya di Teheran.

 

Nampaknya Iran juga giat menjalankan persediaan kerana meramalkan bahawa ia akan berhadapan dengan serangan balas daripada Israel dan Amerika Syarikat sekiranya ia melancarkan serangan terhadap Israel bagi membalas dendam serangan udara Tel Aviv terhadap bangunan kedutaanya di Syria tempohari.

Hari ini, komando Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah merampas sebuah kapal kontena “MSC Aries” berkaitan dengan billionair Israel, Eyal Ofer ketika ia sedang belayar di Selat Hormuz.

Sistem peperangan elektronik Avtobaza yang Iran perolehi daripada Russia digelar ‘pembunuh dron” dan dipercayai adalah sistem yang bertanggungjawab “menurunkan” dron halimunan milik Amerika Syarikat RQ-170 “Sentinel” pada tahun Nov 2011.

Pada ketika itu, ia disifatkan suatu kejayaan besar Iran kerana berjaya menawan sebuah dron halimunan rahsia milik Amerika Syarikat ketika ia sedang menjalankan operasi pengintipan kira-kira 225km di dalam wilayah Iran.

Ketika kejadian dron halimunan Amerika Syarikat sedang melaksanakan misi-misi mengintip kemudahan nuklear Iran apabila ia “dirampas” oleh Iran yang bertindak telah memaksanya turun di Iran.

Avtobaza

Avtobaza

Kejayaan membawa turun dron RQ-170 “Sentinel” Amerika Syarikat itu memberi peluang tidak ternilai kepada tentera Iran untuk melihat dengan lebih dekat teknologi dron halimunan dengan lebih dekat.

Ia juga memberikan peluang kepada saintis-saintis Iran untuk melakukan “reverse engineering” terhadap dron “Sentinel” yang pada masa ini kewujudannya masih lagi dirahsiakan oleh pihak Pentagon.

Sistem peperangan elektronik Avtobaza buatan Russia dan dioperasikan oleh Iran direkabentuk untuk mengesan degupan berterusan signal daripada radar-radar di udara dan laut, signal daripada sistem TACAN (Tactical Air Navigation System) dan sistem pelbagai lagi sistem elektronik yang digunakan oleh platform tentera

Avtobaza adalah sistem ELINT (Electronic Intelligence) yang berkemampuan mengesan sama ada dron dan pesawat menerusi signal elektronik yang dihasilkannya. 

Ia berkemampuan mengesan kehadiran dron dan pesawat daripada jarak sejauh 400km. – DSA

Comments
Loading...