Iran Ancam Bedil Pangkalan-Pangkalan Tentera Amerika di Timur Tengah
Teheran telah mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat bahawa pangkalan-pangkalan tenteranya di seluruh rantau Timur Tengah akan menjadi sasaran peluru-peluru berpandu Iran, sebaik sahaja Washington bersekongkol dan terlibat dengan Israel menyerang Iran.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikala dunia sedang menunggu bilakah Israel akan menyerang balas Iran, Teheran pula telah mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat tidak terlibat sama dengan serangan negara Yahudi itu terhadap Iran.
Pemimpin-pemimpin Iran telah memberi amaran sekiranya Amerika Syarikat terlibat sama menyertai serangan Israel terhadap, maka Washington akan berhadapan dengan akibat yang buruk jika ia terlibat bersama-sama Tel Aviv dalam menyerang Iran.
Teheran telah mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat bahawa pangkalan-pangkalan tenteranya di seluruh rantau Timur Tengah akan menjadi sasaran peluru-peluru berpandu Iran, sebaik sahaja Washington bersekongkol dan terlibat dengan Israel menyerang Iran.
Empat tahun lalu pada 2020, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah melancarkan 12 butir peluru berpandu ballistik terhadap Pangkalan Udara Al-Asad di Iraq dan sebuah lagi pangkalan tentera di Erbi yang diduduki oleh tentera Amerika Syarikat, menyebabkan kedua-dua pangkalan itu mengalami kerosakan yang teruk.
Serangan peluru berpandu ballistik Iran terhadap pangkalan-pangkalan tentera Amerika di Iraq itu dilakukan selepas ia membunuh pegawai kanan IRGC, Mejar Qasem Soleimani di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad,
Jadi, Iran pernah menyerang pangkalan-pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah dan kini ia memberikan amaran keras akan mengulang tindakannya itu,sekira, Washington turut serta dalam serangan Israel terhadap Iran, yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.
Setakat ini, sumber di Pentagon dan Rumah Putih menyatakan kepada media Amerika Syarikat bahawa Washington akan membiarkan Israel “berseorangan” dalam serangan balasnya terhadap Iran dan tidak akan terlibat sama dalam tindakan ketenteraan itu.
Tetapi penglibatan Amerika Syarikat itu tidak dapat ditolak sama sekali, kerana Israel sebagaimana diketahui ramai adalah “anak emas” Washington dan ia telah pun menyatakan komitmennya untuk melindungi negara Yahudi itu daripada ancaman Teheran.
Walaupun suatu ketika dahulu terdapat lebih daripada 100,000 anggota tentera Amerika Syarikat di seluruh Timur Tengah, tetapi bilangan itu sudah jauh berkurangan, dengan pelbagai pihak menganggarkan terdapat di antara 30,000 hingga 40,000 anggota tentera negara di rantau bergolak itu ketika ini.
Bagaimanapun dengan tercetusnya konfljk antara Israel dan Palestin serta ketegangan memuncak di seluruh rantau, jumlah anggota tentera Amerika Syarikat di rantau itu mungkin telah bertambah dengan mendadak.
Sehingga tahun 2022, terdapat 171,000 anggota tentera Amerjka Syarikat di 178 buah negara seluruh dunia, manakala menurut data oleh Jabatan Pertahanan negara itu, Washington mempunyai 750 buah pangkalan tentera di 80 buah negara.
Pangkalan tentera terbesar Amerika Syarikat di Timur Tengah pada ketika ini adalah Pangkalan Udara Al-Udeid di Qatar yang dipercayai dihuni oleh kira-kira 10,000 anggota tentera negara itu pada ketika ini.
Pangkalan Udara Al-Udeid juga dipanggil Abu-Nakhla Airport menempatkan pesawat-pesawar kombat Tentera Udara Qatar dan juga Tentera Udara Amerika Syarikat serta daripada negara-negara sekutu seperti Britain.
Ia juga menempatkan pangkalan bagi U.S Central Command (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat.
Sebuah lagi pangkalan udara Amerika Syarikat yang besar di Timur Tengah adalah Pangkalan Udara Al-Dhafra di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menempatkan lebih daripada 3,500 anggota tentera negara itu dan pelbagai aset udara miliknya.
Amerika Syarikat juga menempatkan lebih daripada 3,500 anggota tentera dan asetnya di Pangkalan Udara, Ali Al-Salem di Kuwait, Pangkalan Udara Shaikh Isa (Bahrain), Pangkalan Udara Muwaffaq Al-Salti (Jordan), Pangkalan Udara Al-Asad (Iraq), Pangkalan Udara Erbil (Iraq), Pangkalan Udara Prince Sultan (Arab Saudi) dan Pangkalan Udara King Faisal (Arab Saudi).
Amerika Syarikat juga menempatkan anggota tentera daratnya di beberapa pangkalanya di Timur Tengah seperti di Tower 22 (Jordan), Al-Tanf (Syria), kemudahan radar Dimona dan Site 883 (Israel) , Kem Buehring (Kuwait), Kem Sayliyah (Qatar) dan FOB Union III (Iraq).
Bagi kemudahan tentera laut Amerika Syarikat, ia turut memiliki beberapa pangkalan seperti Pangkalan Udara Muharraq (Bahrain), Kem Lemonnier (Djibouti) dan beberapa yang lain.
Armada Ke-Lima Tentera Laut Amerika Syarikat (5th Fleet) pula berpangkalan di Bahrain. — DSA
Comments are closed.