Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Mula Bina Pangkalan Kapal Selam Di Natuna

Stesen bantuan kapal selam bagi menyokong operasi dan misi kapal selam-kapal selam milik Tentera Laut Indonesia di Laut China Selatan.

2,378

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 5 April lepas, Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) telah mengadakan majlis untuk menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan stesen bantuan kapal selam di Pulau Natuna Besar, yang terletak di dalam kawasan perairan Laut China Selatan.

Stesen bantuan kapal selam bagi menyokong operasi dan misi kapal selam-kapal selam milik Tentera Laut Indonesia di Laut China Selatan dan sasaran utama pentadbiran Jakarta pada pendapat admin adalah China serta kapal-kapal pengawal pantai dan mungkin kapal selam milik negara itu.

Mungkin rondaan kapal-kapal selam China sudah sampai di dasar laut Natuna, memaksa Indonesia memperkuatkan infrastruktur kapal selamnya untuk memantau pergerakan aset-aset dasar laut Beijing itu,

Perasmian permulaan kerja-kerja pembinaan stesen bantuan kapal selam itu dilakukan oleh Panglima Tentera Laut Indonesia itu sendiri, Laksamana Yudo Margono dan terletak berhampiran dengan Selat Lampa dan Laut China Selatan itu sendiri.

“TNI Angkatan Laut tetap berkomitmen bahwa peningkatan sarana dan prasarana pendukung tugas operasi merupakan prioritas dalam menuju TNI Angkatan Laut yang profesional, mandiri dan tangguh,” kata Laksamana Yudo pada majlis terbabit.

Stesen bantuan kapal selam di Pulau Natuna Besar akan dibina di atas tanah seluas 1.050 meter persegi dan dua bangunan seluas 1.008 meter persegi.

Natuna
Pulau Natuna

 

Turut dibina adalah “Mes Tjiptadi Lanal Ranai” dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik bagi anggota kapal selam.

Mungkin daripada stesen bantuan di Pulau Natuna Besar itu, kapal-kapal selam Indonesia akan dilancarkan untuk operasi di Laut China Selatan.

Sementara itu majalah pertahanan antarabangsa, Janes berkata ia pernah melaporkan seawal tahun 2016 bahawa Indonesia sedang merancang untuk membina sebuah pengkalan kapal selam di Pulau Natuna Besar.

Pihak tentera laut republic itu memohon peruntukan sebanyak US$40 juta untuk membina pangkalan kapal selam itu.

Laporan itu menurut Janes adalah berdasarkan kepada transkrip pertemuan di antara Panglima Angkatan Tentera Indonesia Jeneral Gatot Nurmantyo dan jawatankuasa pertahanan, perisikan serta hubungan luar DPR.

Apa yang kita dapat lihat, Indonesia secara berperingkat telah membangunkan kemudahan tentera di Natuna berikutan ancaman daripada pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China di kawasan perairan berhampiran pulau yang kaya dengan sumber asli itu.

Natuna itu bakal menjadikan pangkalan laut yang penting bagi tentera Indonesia kerana kedudukannya yang berdepan dengan Laut China Selatan dan kerana kekayaan sumber asli yang dimiliki oleh pulau itu.

Menurut badan kawalselia gas Indonesia, SKK Migas, di bawah dasar laut perairan sekitar Pulau Natuna itu terletaknya medan gas asli terbesar Indonesia yang dianggarkan bernilai berbillion dollar jika ia dikomersialkan.

Medan gas asli di Natuna adalah jauh lebih besar daripada apa yang ditemui di perairan Maluku dan Makassar.

Walaupun Indonesia tidak terlibat dalam pertikaian dengan China berkenaan isu Laut China Selatan, tetapi kebelakangan ini semakin banyak kapal-kapal pengawal pantai negara ini muncul di perairan berhampiran Pulau Natuna.

Ini tidak termasuk bot-bot nelayan China yang pernah beberapa kali menceroboh kawasan perairan sekitar Laut Natuna untuk menangkap ikan.

Sebenarnya, China menggunakan bot-bot nelayan ini untuk membuat tuntutan terhadap sesuatu kawasan perairan di Laut China Selatan.

Sila join group/channel Telegram Defence Security Asia di https://t.me/DefSecAsia atau channel di https://t.me/DefSecAsia1

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.