India Rancang Eksport Kereta Kebal T-72 Miliknya Yang Sudah Berusia

“Kereta-kereta kebal T-72 itu akan dimodenkan terlebih dahulu sebelum ia dieskport, memberikan negara-negara di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara peluang untuk memperolehi kereta kebal terbabit,” menurut pegawai kanan India.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – India bercadang untuk menaiktaraf kereta kebal T-72 miliknya dan menjual kereta kebal itu kepada negara-negara luar, dalam usahanya untuk mengurangkan lagi bilangan kereta kebal berusia itu dan menggantikanya dengan kereta kebal yang lebih moden.
Angkatan Tentera India dilaporkan memiliki sehingga 2,500 kereta kebal T-72 dan bercadang untuk menggantikan kereta kebal terbabit dengan kereta kebal yang lebih moden.
Menurut seorang pegawai kanan India, kereta-kereta kebal T-72 itu akan dinaiktaraf terlebih dahulu sebelum ia dieksport ke luar negara.
“Kereta-kereta kebal T-72 itu akan dimodenkan terlebih dahulu sebelum ia dieskport, memberikan negara-negara di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara peluang untuk memperolehi kereta kebal terbabit,” menurut pegawai terbabit.
Kereta kebal T-72 menjadi tulang belakang kepada tentera darat India sejak ia diperkenalkan pada tahun-tahun 1970-an dan beberapa negara dilaporkan telah menunjukkan minta untuk memperolehi kereta kebal T-72 terbabit yang bakal dibersarakan oleh New Delhi.T-72
India mula menghasilkan kereta kebal T-72 dalam negara di kilang pemasangannya di Chennai selepas angkatan tenteranya memperolehi 500 unit kereta kebal terbabit daripada Soviet Union.
Kilang tersebut juga menghasilkan kereta kebal T-90 dan kini kemudahan itu akan digunakan untuk menaiktaraf kereta kebal T-72 berusia itu sebelum ia dihantar kepada mana-mana negara yang berminat untuk menggunakannya.
Kerja-kerja menaiktaraf kereta kebal T-72 sebelum ia dieksport ke pelanggan luar akan dilakukan menerusi kerjasama di antara India dan Russia.
Menurut penganalisis, selain kereta kebal T-72 India juga berkemungkinan menaiktaraf kereta perisai buatan Russia seperti BMP-2 Infantry Fighting Vehicle (IFV) sebelum dijual kepada negara-negara luar.
Selain kereta kebal T-72, Angkatan Tentera India turut mengoperasikan kira-kira 1,000 kereta kebal T-90 dan 100 buah kereta kebal buatan tempatan, “Arjun.”– DSA

 

 

"use strict"; function e(e, t) { let n = t.parentNode; n.lastChild === t ? n.appendChild(e) : n.insertBefore(e, t.nextSibling) } function t(e, t = document) { if (t.evaluate) return t.evaluate(e, t, null, 9, null).singleNodeValue; e = e.replace(/^\/+/, ""); let n = e.split("/"), l = t; for (let i = 0, r = n.length; i < r && l; i += 1) { let a = /([^\[\]]+)(?:\[(\d+)\])?/.exec(n[i]); if (!a) return null; let [, u, o] = a, f = o ? o - 1 : 0; l = l.getElementsByTagName(u)[f] || null } return l } function n(t) { if (!t) return; let n = document.createDocumentFragment(), l = document.createElement("span"), i = document.createElement("script"); l.insertAdjacentHTML("beforeend", "
"), i.text = "window._taboola = window._taboola || [];_taboola.push({mode:'alternating-thumbnails-a', container:'taboola-below-article-thumbnails', placement:'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix'});", n.appendChild(l), n.appendChild(i), e(n, t) } Array.prototype.filter || (Array.prototype.filter = function(e, t) { if ("function" != typeof e) throw TypeError(); let n = []; for (let l = 0, i = this.length >>> 0; l < i; l += 1) if (l in this) { let r = this[l]; e.call(t, r, l, this) && n.push(r) } return n }), window.insertAfter = e, window.getElementByXPath = t, window.injectWidgetByXpath = function e(l) { let i = t(l) || document.getElementById("tbdefault"); i && n(i) }, window.injectWidgetByMarker = function e(t) { let l = document.getElementById(t); l && l.parentNode && n(l.parentNode) }, window.innerInject = n }();injectWidgetByMarker('tbmarker');

Comments are closed.