India Hampir Muktamadkan Perolehan Radar Jarak Jauh “Voronezh” Buatan Russia
Sistem radar jarak jauh berkuasa tinggi "Voronezh" buatan Russia itu direka untuk mengesan dan menjejaki peluru berpandu ballistik, pesawat kombat dan objek di angkasa lepas daripada jarak sejauh 8,000km.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — India dilaporkan hampir untuk memuktamadkan perjanjian kerjasama pertahanan bernilai US$4 bilion (RM17.8 billion) dengan Rusia untuk memperoleh sistem radar jarak jauh dinamakan “Voronezh”.
Sistem radar jarak jauh berkuasa tinggi buatan Russia itu direka untuk mengesan dan menjejaki peluru berpandu ballistik, pesawat kombat dan objek di angkasa lepas daripada jarak sejauh 8,000km.
Radar Voronezh itu dikatakan akan memberi keupayaan kepada India untuk mengesan ancaman dari jarak jauh, sekali gus meningkatkan keselamatan dan keupayaan pertahanannya.
Radar berkuasa tinggi itu diibaratkan sebagai “mata tajam di langit” yang mampu memantau dan memberi amaran awal terhadap sebarang bahaya terhadap India, sekaligus menjadikannya langkah penting untuk memperkukuhkan keselamatan negara itu.
Media-media turut menyatakan bahawa India bakal memperkuatkan lagi sistem pertahanannya menerusi perolehan sistem radar amaran awal ‘Voronezh’ daripada Rusia, yang membantunya dalam mengesan potensi serangan peluru berpandu balistik, dan lain-lain ancaman
Sistem radar jarak jauh yang dibangunkan oleh syarikat Almaz-Antey itu dilaporkan akan dipasang di Chitradurga, sebuah bandar di Karnataka.
