Enam Helikopter MD-530G Tiba Di Tanahair Akhir Tahun Ini- PAT
Adalah diharapkan drama selama hampir enam tahun sejak Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian membeli enam buah helikopter penyerang ringan itu daripada syarikat MD Helicopters,pada 2016 akan berakhir.
Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Enam buah helikopter penyerang ringan MD-530G yang dipesan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka tiba di tanah air daripada Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.
Adalah diharapkan drama selama hampir enam tahun sejak Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian membeli enam buah helikopter penyerang ringan itu daripada syarikat MD Helicopters,pada 2016 akan berakhir.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang mengesahkan penghantaran pulang helikopter itu berkata, pada ketika ini Tentera Darat sedang melakukan Pre-Delivery Inspection (PDI) sebelum penghantaran pulang kesemua enam buah helikopter penyerang ringan.
“Pre-Delivery Inspection itu adalah untuk memastikan semua spesifikasi teknikal helikopter berkenaan dipatuhi untuk memastikan kesiagaan operasi helikopter berkenaan. Kesemua helikopter berkenaan dijangka tiba di tanah air pada akhir tahun 2021,” katanya dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, “Asian Defence Journal” edisi September-Oktober.
Panglima Angkatan Tentera itu bagaimanapun, tidak memberikan tarikh yang tepat bila keenam-enam helikopter penyerang ringan itu akan tiba di Malaysia.
Pada mulanya, helikopter MD-530G itu sepatutnya diserahkan kepada ATM pada tahun 2017-2018 tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan isu-isu teknikal yang tidak didedahkan.
Malah isu tentang kelewatan penghantaran helikopter itu kepada Malaysia telah disentuh beberapa kali di Dewan Rakyat.
Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan itu akan dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan berkemungkinan ditempatkan di kawasan operasi ESSCOM di Pantai Timur Sabah.
MD-530G armed reconnaissance/attack helicopters itu dibangunkan oleh MD Helicopters, sebuah anak syarikat McDonnell Douglas yang beribu pejabat di Mesa, Arizona.
Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian bernilai RM321 juta pada 2016 untuk memperolehi enam buah helikopter MD-530G.
Menurut Panglima Angkatan Tentera lagi, perolehan enam buah helikopter MD-530G bermatlamat untuk memperkuatkan lagi kemampuan mobility udara tentera darat.
Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan PUTD itu telah siap 100 peratus, katanya.
“Tentera Darat telah menghantar lapan juruterbang dan sembilan anggota teknikal untuk menjalani latihan komprehensif di kemudahan MD Helicopters di Arizona, Amerika Syarikat bermula pada 13 hingga 23 Ogos yang lalu,” kata beliau.
Latihan komprehensif itu adalah bertujuan untuk mempertingkatkan skill juruterbang dalam mengoperasikan sistem persenjataan yang dimiliki helikopter berkenaan, tactical aviation dan tembakan peluru hidup sementara anggota teknikal dilatih tentang penyelenggaraan helikopter, enjin dan sistem persenjataannya, kata Panglima.
Helikopter MD-530Gs dilengkapi dengan digital glass cockpit, Tek Fusion mission management dan weapons management system; ballistic armor protection, crash-tolerant fuel system, chin-mounted Wescam MX-10D electro-optical/infrared laser designation turret dan Thales Scorpion helmet-mounted system untuk membantu kesedaran sekeliling juruterbang.
Malaysia juga memilih untuk melengkapkan helikopter dengan pod mesingan FN Herstal HMP400 50-caliber dan seven-shot M260 pods untuk roket 70mm.
Helikopter ini boleh terbang selaju diantara 240km hingga 280 km sejam sejauh 430km dan selama dua jam setengah penerbangan.
Comments are closed.