Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter Penyerang Baru Amerika, “Invictus 360” Atau “Raider-X” ?

Tentera Amerika menjangkakan pada tahun 2030, helikopter penyerang terbaru itu akan mula terbang bagi menggantikan helikopter penyerang Apache AH-64 dan juga OH-58 Kiowa yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2017.

0 5,456

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Bell Textron sedang membina helikopter penyerang yang baru untuk menyertai persaingan bagi menggantikan helikopter penyerang “Apache AH-64” yang digunakan oleh Tentera Amerika pada ketika ini.

Helikopter yang sedang dibina oleh syarikat Bell Tectron itu dinamakan “Bell 360 Invictus” untuk memenuhi keperluan Future Attack Reconnaisance Aircraft (FARA) Tentera Amerika.

Tentera Amerika menjangkakan pada tahun 2030, helikopter penyerang terbaru itu akan mula terbang bagi menggantikan helikopter penyerang Apache AH-64 dan juga OH-58 Kiowa yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2017.

Helikopter Apache AH-64 ini adalah helikopter penyerang utama Tentera Amerika Syarikat dan telah menabur baktinya kepada tentera negara itu serta negara-negara sekutunya sejak berdekad lamanya dan pada tahun akan ada helikopter penyerang yang baru.

Helikopter FARA tentera Amerika Syarikat bukan sahaja lebih laju, malah lebih berbahaya dan direkabentuk untuk sama-sama beroperasi dengan Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV), menjadikannya kombinasi yang ditakuti oleh musuh.

Invictus
Helikopter Invictus 360

 

 

Syarikat Bell Textron telah pun mendedahkan helikopter penyerang “Invictus 360” itu kepada awam pada 2019 dan menjelang tahun 2023, helikopter yang mempunyai rekabentuk amat menarik itu dijangka melakukan penerbangannya yang pertama.

Helikopter “Invictus 360” ini direkabentuk berdasarkan kepada satu lagi helikopter syarikat Bell iaitu “Bell 525 Relentless” yang direka untuk kegunaan awam dan boleh membawa sehingga 19 orang penumpang.

Helikopter Invictus akan hanya membawa dua penumpang (pilot dan gunner) dan mempunyai satu enjin sahaja, manakala bagi helikopter Bell 525 Relentless pula akan mempunyai dua enjin, lima bilah kipas (blade) serta penumpang yang lebih ramai.

Enjin utamanya helikopter Invictus akan menggunakan enjin buatan syarikat General Electric dan pada masa yang sama akan turut dilengkapi dengan enjin tambahan bagi keperluan kelajuan tambahan serta kekuatan.

Untuk helikopter Invictus yang direkabentuk untuk menggantikan Apache AH-64, ia akan hanya mempunyai empat bilah kipas tetapi crusing speed helikopter penyerang itu akan melebih 330km sejam untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Amerika Syarikat.

Invictus
Helikopter Invictus 360

 

Dibawah keperluan yang digariskan oleh Tentera Darat Amerika dibawah program FARA itu, helikopter penyerang yang akan menggantikan Apache AH-64 itu mesti memiliki kelajuan lebih daripada 370km sejam.

Sudah pasti ia akan lebih laju daripada Apache.

Combat radius atau jarak operasi kombat helikopter Invictus itu adalah sejauh 250km.

Untuk memenuhi keperluan tentera Amerika Syarikat bagi program FARA itu, helikopter Invictus 360 yang dibangunkan oleh syarikat Bell Textron akan bersaing dengan syarikat Sikorsky, yang merupakan anak syarikat kepada konglomerat pertahanan terkenal negara itu, Lockheed Martin.

Invictus
Helikopter Raider-X oleh syarikat Sikorsky

Sikorsky akan menampilkan program helikopter penyerangnya, “Raider X”, yang menggunakan konsep co-axial rotor seperti mana yang banyak digunakan oleh helikopter penyerang buatan Russia.

Helikopter “Raider X” direkabentuk untuk mencapai kelajuan 460km sejam dengan pilot serta gunner duduk bersebelahan dan tidak seperti helikopter Invictus yang secara tandem.

Persaingan untuk helikopter penyerang baru Tentera Amerika Syarikat itu akan bermula pada tahun 2023 apabila kedua-dua helikopter itu, Invictus 360 dan Raider-X mula melakukan penerbangannya untuk diuji oleh tim penilai.

Hanya selepas Amerika membuat keputusan dan melengkapkan tenteranya dengan helikopter penyerang yang baru itu, barulah ia akan dieksport ke negara-negara sekutunya terutama kepada pelanggan yang telah pun menggunakan Apache AH-64.

Sahabat-sahabat tengok mana yang lagi cun, Invictus 360 atau Raider-X?

Invictus

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...