Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Hawk 200 TUDM Lakukan Pendaratan Pangkalan Udara Changi

Latihan pendaratan dua buah pesawat BAE Hawk 200 milik TUDM di Pangkalan Udara Changi (Timur) di bawah Exercise Bersama Shield 2023 adalah sebahagian daripada latihan bersama Five Power Defence Arrangement (FPDA) yang sedang berlangsung bermula pada 27 April hingga 12 Mei 2023.

0 19,583

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sebagai sebahagian daripada latihan “Exercise Bersama Shield” 2023, dua buah pesawat pejuang BAE Hawk 200 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan di Pangkalan Udara Changi (Timur) semalam.

Latihan pendaratan di Pangkalan Udara Changi (Timur) di bawah Exercise Bersama Shield 2023 adalah sebahagian daripada latihan bersama Five Power Defence Arrangement (FPDA) yang sedang berlangsung bermula pada 27 April hingga 12 Mei 2023.

Sementara dua buah pesawat pejuang BAE Hawk 200 TUDM melakukan pendaratan di Pangkalan Udara Changi (Timur), dua buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Republik Singapura pula mendarat di Pangkalan Udara Kuantan.

BAE Hawk 200

Exercise Bersama Shield adalah platform yang penting kepada anggota tentera negara-negara anggota FPDA terdiri daripada Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan dan persefahaman menerusi perancangan dan pertukaran profesional.

Perasmian Exercise Bersama Shield 2023 telah dilakukan oleh Ketua Staf Headquarters Integrated Area Defense System (HQIADS), kolonel Lau Mun Leng (RSAF) yang juga merupakan pengarah Exercise Bersama Shield 2023.

Perasmian dilakulan di di Auditorium 18 Squadron di Pangkalan TUDM di Butterworth.

Exercise Bersama Shield dilaksanakan sebagai Field Training Exercise starting bermula pada 27 April 2023 hingga 12 Mei 2023.

Exercise Bersama Shield berlangsung di beberapa bahagian daratan, perairan dan ruang udara di Semenanjung Malaysia dan Singapura serta di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

BAE Hawk 200

Latihan kali ini membabitkan empat buah kapal perang, sebuah helikopter maritim, dua buah pesawat Maritime Surveillance Aircraft (MSA), tujuh pesawat bantuan, 20 pesawat pejuang dan dua unit Ground Based Air Defence (GBAD).

Selari dengan falsafah perjanjian FPDA yang merupakan pertahanan, latihan ini bukan suatu bentuk ancaman kepada negara-negara sekeliling tetapi adalah latihan yang telah dirancang mengikut profesionalisme angkatan tentera negara-negara anggota FPDA.

Turut hadir pada majlis perasmian latihan itu adalah Komander IADS Air Vice-Marshal Geoff Harland dan Timbalan Komander IADS Brig Gen Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM. – – DSA

Comments
Loading...