Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Projek “Belt And Road Initiative (BRI)” Untuk Penuhi Keperluan Strategik China – Bekas Menteri Indonesia

Ada di antara projek-projek BRI ini lebih ke arah memenuhi kepentingan strategik China daripada memenuhi keperluan komersial.

0 1,526

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mewar-warkan tentang projek-projek Belt and Road Initiative (BRI) bernilai US$ 1 trillion yang dikatakan bakal membawa kemakmuran ekonomi kepada negara-negara pesertanya.

Puluhan malah ratusan projek diusahakannya dengan negara-negara peserta termasuk Malaysia.

Bagaimanapun projek-projek BRI ini sebenarnya dilihat dengan penuh syak-wasangka oleh Barat terutamanya Amerika Syarikat kerana ia hanya bertujuan memenuhi keperluan China dan bukan negara-negara pesertanya.

Ada di antara projek-projek BRI ini lebih ke arah memenuhi kepentingan strategik China daripada memenuhi keperluan komersial.

Beberapa hari lepas, bekas Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim Indonesia Dr Rizal Ramli ada menulis didalam portal hal ehwal semasa iaitu “The Diplomat” di mana beliau menyatakan bawah projek-projek BRI ini adalah “double-edge sword”. (serampang dua mata)

Rizal Ramli
Dr Rizal Ramli

 

Pengkritik BRI katanya, mendakwa bahawa ia adalah “perangkap hutang” (debt-trap),  skim untuk membolehkan Beijing merampas hak kekuasaan terhadap aset-aset strategik itu.

Beliau memberikan contoh Pelabuhan Hambatota di Sri Lanka yang terletak hanya 250km daripada ibu negara, Colombo dan kini terbukti adalah projek “gajah putih.”

Pelabuhan Hambatota itu dibuka pada 2010, tetapi sehingga tahun 2012 hanya 34 buah kapal dagang singgah di pelabuhan tersebut dan 2015 kerajaan Sri Lanka bersetuju untuk memajakkan pelabuhan itu dan 15,000 ekar tanah di sekelilingnya kepada China selama 99 tahun kerana gagal melunaskan pinjaman untuk membinanya.

Pinjaman itu pula diperolehi daripada institusi kewangan China.

Terbaru kerajaan Sri Lanka juga melepaskan hak kawalannya terhadap projek Colombo Port City bernilai US$1.4 bilion.

Perkara yang sama juga berlaku di Pakistan dimana kerajaan negara itu telah meminta Beijing supaya melupuskan hutang sebanyak US$3 bilion terhadap projek-projek di bawah China-Pakistan Economic Corridor.

china

China dikatakan enggan memenuhi permintaan Pakistan, menimbulkan kemungkinan Islamabad terpaksa melepaskan haknya terhadap projek-projek itu dengan membenarkan China menyewanya untuk suatu jangkamasa yang panjang, sebagai balasan untuk tidak melangsaikan hutangnya.

Bagi Indonesia pula, Dr Rizal juga melahirkan kebimbangannya terhadap penyertaan China di dalam projek di negara jiran itu kita yang lebih banyak ke arah memenuhi objektif strategik negara itu berbanding komersial.

Antaranya adalah komitment Beijing untuk membangunkan pelabuhan di Medan serta di Bitung yang terletak di utara Sulawesi.

Projek pelabuhan di Medan itu katanya, jika direalisasikan akan membolehkan China mengawal trafik perkapalan di Selat Melaka manakala di Bitung, utara Sulawesi itu jika menjadi kenyataan pula akan memastikan China menguasai laluan perkapalan Lombok-Makassar-Menado.

Laluan perkapalan Lombok-Makassar-Menado merupakan laluan perkapalan kedua tersibuk Indonesia.

Bekas menteri itu berkata China sudah pun menunjukkan belangnya dalam projek keretapi laju Jakarta-Bandung, dimana ketika proses bidaan Beijing telah meletakkan harga yang rendah berbanding pesaing daripada Jepun.

Bagaimanapun  apabile mereka memenangi projek itu, keadaan telah berubah dengan mendadak.

Ketika proses pembinaan projek keretapi laju itu,  Beijing telah beberapa kali menaikkan harga dan projek itu mengalami kelewatan.

Beliau berkata kos akhir projek itu bakal meningkat 50 hingga 60 peratus berbanding harga asal ketika bidaan manakala pegangan ekuiti Indonesia dalam projek itu juga akan menjadi lebih rendah.

Kedua-dua selat ini (Selat Melaka dan Selat Lombok) adalah laluan terpenting yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Asia Timur.

Dr Rizal berkata, pemimpin di Beijing perlu memastikan projek-projek BRI ini menguntungkan kesemua pihak bukan hanya dirinya sahaja.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...