Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Google Maps “Dedah” Imej Satelit Lokasi Rahsia Tentera Russia

Imej-imej satelit oleh Google Maps itu memaparkan pangkalan-pangkalan tentera Russia, tapak pelancaran peluru berpandu balistik, pusat pemerintahan tentera dan pelbagai aset strategik negara itu termasuk kapal-kapal perangnya.

0 11,402

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Google Maps didakwa telah “menarik balik” (uncensored) sekatan terhadap imej-imej satelit yang memaparkan lokasi-lokasi sensitif di Russia termasuk kawasan-kawasan strategik tentera negara itu.

Imej-imej satelit oleh Google Maps itu memaparkan pangkalan-pangkalan tentera Russia, tapak pelancaran peluru berpandu balistik, pusat pemerintahan tentera dan pelbagai aset strategik negara itu termasuk kapal-kapal perangnya.

Resolusi imej-imej satelit Google Maps itu adalah tinggi pada kadar 0.5 meter satu pixel.

Google

Antara imej satelit terbabit termasuklah, imej kapal pengangkut pesawat Russia “Admiral Kuznetsov” di pelabuhan, kapal perang berkuasa nuklear “Peter The Great” di Murmansk bersama-sama cruiser kelas-Slava “Marshal Ustinov.”

Dalam satu lagi imej satelit,ia menunjukkan dua buah kapal selam berkuasa nuklear berada berhampiran dengan dua buah kapal selam yang lebih kecil juga di Murmansk.

Imej satelit Google Maps juga menunjukkan keadaan di sebuah pangkalan udara di Kursk dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang

Google

Pihak tentera Ukraine mendakwa bahawa tindakan oleh menarik balik sekatan imej sensitif Russia oleh pihak Google Maps itu berkait-rapat dengan konflik antara negara itu dengan Russia, tetapi ianya dinafikan oleh pihak Google.

Pihak Google menerusi jurucakapnya berkata, imej-imej satelit menunjukkan lokasi tentera Russia boleh diakses sejak sebelum terjadinya konflik antara Russia dan Ukraine kerana syarikat gergasi itu tidak pernah melakukan sebarang sekatan.

Google

Pihak Google sebelum ini didakwa melakukan sekatan terhadap imej-imej satelit lokasi tentera dengan cara mengaburkannya.

Syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengambil tindakan terhadap Russia sejak bermulanya konflik di antara Moscow dengan Kiev.

Google

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Antaranya adalah ia telah menghentikan penjualan iklan di Russia, menghentikan akses kepada Google Pay untuk sesetengah pengguna di Russia selaras dengan sekatan ekonomi dan melarang penyiaran iklan oleh agensi kerajaan Russia di You Tube yang dimiliki oleh Google.

Pihak Russia telah mengancam untuk mengenakan denda terhadap Google atas penyiaran maklumat-maklumat tidak tepat berkenaan negara itu di You Tube. — DSA

 

Comments
Loading...