Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

528 Rohingya Lari Dari Pusat Tahanan Pulau Pinang, Enam Maut

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan enam tahanan telah meninggal dunia dalam kemalangan dekat Kilometer 165 Lebuhraya Utara-Selatan(menghala ke selatan).

0 1,010

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai 528 tahanan majoritinya daripada etnik Rohingya di pusat tahanan sementara Imigresen di Sungai Bakap, Pulau Pinang telah melarikan diri kira-kira pada pukul empat pagi tadi.

Jabatan Imigresen dalam kenyataan memaklumkan insiden itu berlaku setelah rusuhan tercetus di pusat tahanan itu.

“Mereka melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang. Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan SOP dengan menghubungi polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

Rohingya
(BERNAMA)

 

“Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari polis, Rela dan orang ramai. Sehingga jam 10pagi ini seramai 362 orang tahanan telah berjaya ditangkap semula.

“Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan,” menurut Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud sebagaimana dipetik oleh Malaysiakini hari ini.

Difahamkan terdapat 663 warga asing ditempatkan di pusat tahanan sementara itu, dengan majoriti daripada etnik Rohingya.

Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan enam tahanan telah meninggal dunia dalam kemalangan dekat Kilometer 165 Lebuhraya Utara-Selatan(menghala ke selatan).

Rohingya
(BERNAMA)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Insiden melibatkan enam kematian – dua lelaki, dua perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Kami masih mencari baki tahanan,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Tiada perincian diberikan berkenaan punca kemalangan mahupun kematian.

Namun Shuhaily mendedahkan yang lebih 200 tahanan ditangkap ketika berjalan di sepanjang lebuh raya kerana mereka takut untuk melintasinya selepas kemalangan berlaku.

Katanya, polis turut dibantu penduduk setempat yang ternampak tahanan pada pagi tadi. — DSA

Comments
Loading...