Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiga Kapal Perang Amerika Syarikat “Shadow” Kapal Pengangkut Pesawat China, “Liaoning”

Macclesfield Bank ini adalah atoll/terumbu karang yang terletak di timur Kepulauan Paracel.

0 2,802

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekurang-kurangnya tiga buah kapal perang Amerika Syarikat kelas-Arleigh Burke sedang “mengekori” (shadow) kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning” yang dikesan berada di Macclesfield Bank, Laut China Selatan.

Macclesfield Bank ini adalah atoll/terumbu karang yang terletak di timur Kepulauan Paracel.

Kapal pengangkut pesawat China itu dipercayai diiringi oleh lima atau enam kapal perang yang lain terdiri daripada sebuah kapal friget Type 054A kelas-Jiangkai, sebuah kapal bantuan Type 901 dan dua buah kapal destroyer Type 052D serta sebuah kapal destroyer termoden China, Type 055 kelas-Renhai.

Selepas dirakam tanpa diiringi oleh kapal pengiring dalam gambar “unik” minggu lepas, kehadiran “Liaoning” bersama-sama lima atau enam kapal pengiring sememangnya telah memberikan satu mesej kepada Amerika Syarikat.

Kehadiran “Liaoning” dan kapal-kapal pengiringnya di Macclesfield Bank itu dikesan oleh satelit komersial, Sentinel-2 dan dilaporkan oleh pemerhati pertahanan @OSINT-1.

Beberapa pemerhati lain turut melaporkan kehadiran “Liaoning” bersama-sama kapal-kapal pengiringnya sambil diekori rapat oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat daripada jenis Arleigh Burke.

Osint
Imej satelit Sentinel-2 (kredit @OSINT_1)

 

Ketiga-tiga kapal destroyer Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk “shadow” kapal pengangkut pesawat China itu dipercayai USS Barry (DDG-52), USS Mustin (DDG-89) dan USS Rafael Peralta (DDG-115), menurut seorang pemerhati pertahanan.

Setiap kapal destroyer kelas “Arleigh Burke” ini membawa puluhan peluru berpandu “Tomahawk”, peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” dan torpedo.

Rombongan kapal pengangkut pesawat China dan lima buah kapal pengiringnya dipercayai sedang belayar ke Kepulauan Spratly.

Liaoning
“Liaoning”dan sebuah kapal pengiringnya dikesan di Macclefield Bank. (kredit @DuangDang)

 

Sejak meningggalkan perairan China dan memasuki Miyako Strait yang memisahkan Kepulauan Miyako dan Pulau Okinawa pada minggu lepas, setiap pergerakan “Liaoning” kapal-kapal pengiringnya sentiasa dipantau rapi oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan Jepun.

Sementara itu kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat “USS Theodore Roosevelt” kini berada di Guam, selepas meninggalkan Laut China Selatan.

Sementara itu, Makin Island Amphibious Ready Group (ARG) dan USS Somerset serta USS San Diego masih berada di Filipina kerana terlibat dalam latihan Balikatan 2021 bersama-sama tentera negara itu.

Sila join group/channel Telegram Defence Security Asia di https://t.me/DefSecAsia atau channel di https://t.me/DefSecAsia1

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...