Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Vietnam, Jepun Bimbang Kerakusan Syarikat China Beli Tanah, Bangunan Berhampiran Pangkalan Tentera

Pihak-pihak berkuasa tempatan di Vietnam dan Jepun telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan syarikat-syarikat China serta individu tidak dikenali yang berlumba-lumba membeli tanah dan bangunan yang terletak berhampiran dengan pangkalan-pangkalan tentera.

0 3,634

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak lama dahulu, Defence Security Asia adalah menulis artikel  tentang kebimbangan pihak berkuasa tempatan di beberapa negara tentang kerakusan syarikat-syarikat China dan “entiti” tidak dikenali yang berlumba-lumba membeli tanah serta bangunan yang terletak berhampiran pangkalan tentera.

Pada mulanya, kebimbangan itu telah disuarakan oleh pihak berkuasa tempatan serta penduduk di Vietnam yang curiga dengan tindakan syarikat serta orang perseorangan China membeli tanah dan bangunan di lokasi-lokasi strategik berhampiran pangkalan tentera negara itu.

Dan kini, terdapat juga laporan oleh akhbar Jepun “Sankei Shimbun” yang menyatakan perkara yang sama berlaku iaitu pelabur-pelabur China membeli banyak tanah-tanah dan bangunan yang terletak berhampiran dengan pangkalan laut, udara dan darat milik tentera Jepun serta Amerika Syarikat.

Menurut akhbar itu yang memetik sumber hartanah di Okinawa, modal-modal China dan negara asing lain telah digunakan untuk membeli tanah-tanah berhampiran pangkalan tentera Jepun dan Amerika Syarikat di seluruh negara Matahari Terbit itu.

Ia juga berkata terdapat kemungkinan pembeli-pembeli asing menggunakan “dummy companies” (syarikat palsu) untuk melindungi identiti sebenar mereka.

Kadena
Pangkalan Tentera Amerika Syarikat di Jepun.

 

Ia berkata sebuah syarikat Singapura telah melancarkan laman web khusus mengenai penjualan tanah-tanah dan bangunan yang terletak berhampiran Pangkalan Udara Kadena di Okinawa,  yang merupakan pangkalan udara utama bagi tentera udara Amerika Syarikat di Jepun.

Sejak daripada itu, lebih banyak laman-laman web memaparkan penjualan tanah dan bangunan berhampiran pangkalan tentera telah diiklankan di Okinawa.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, kira-kira satu per-tiga keluasan tanah pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Okinawa itu dimiliki oleh 39,000 individu, dengan 231 daripada terdiri daripada warga asing.

Bekas pengarah di Pejabat Hal Ehwal Jepun di Washington Kevin Maher pernah memberi amaran di dalam bukunya bertajuk “The Japan That Can’t Decide” menulis bahawa Kementerian Perdagangan China merupakan pihak yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah berhampiran pangkalan tentera Okinawa dengan menggunakan entiti –entiti swasta.

Pada Mei tahun lepas, kerajaan Vietnam turut menyatakan kebimbangan terhadap taktik oleh pelabur China dalam membeli tanah-tanah bernilai tinggi di negara itu yang bukan sahaja menjejaskan pembangunan ekonomi tempatan tetapi juga keselamatan nasional.

Okinawa
Pangkalan tentera Jepun

 

Laporan portal Vnexpress menyebut antara 2011 hingga 2015 rakyat China dan entiti perniagaannya telah membeli 135 bidang tanah di Da Nang, sebuah bandar pesisir pantai.

Tanah-tanah yang dibeli ini termasuklah di kawasan sekitar sebuah Pengkalan Udara yang dahulu digunakan sebagai pengkalan tentera Amerika semasa Perang Vietnam.

Pihak berkuasa Vietnam juga bimbang penggunaan “front company” diketuai oleh penduduk tempatan tetapi sebenarnya didalangi orang warga China untuk membeli tanah-tanah strategik di Vietnam.

Selepas di siasat, warga tempatan terbabit langsung tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli tanah.

Siasatan juga menunjukkan ada dikalangan warga tempatan yang dikatakan “pelabur kaya-raya” tetapi hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa mereka sebenarnya “tidak berduit”,   tetapi memiliki sehingga 10 hingga 12 plot tanah bernilai tinggi.

China
Kapal tentera British di pangkalan laut di Camh Ranh Bay, Vietnam

 

Sehingga akhir tahun lepas, 149 syarikat dengan pelabur China dikesan beroperasi di kawasan sempadan Vietnam dengan China dan wilayah lain termasuklah memiliki 24 plot tanah di persempadanan darat dan 125 plot tanah di sempadan laut.

Mereka menggunakan pekerja China dalam operasi mereka dan ada yang membawa masuk rakyat mereka tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa Vietnam.

Kerajaan Vietnam telah pun menyatakan perasaan bimbang mereka tentang perkara ini dikala hubungan negara itu dan China tegang akibat pertikaian di Laut China Selatan.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Vietnam dan China pernah berperang kerana berebutkan salah satu pulau di Paracel, mengorbankan ramai anggota tentera Vietnam.

Hanoi telah mengarahkan agensi kerajaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan termasuk mengkaji semula pelaburan syarikat China itu terutamanya di kawasan sempadan dan pesisir pantai yang membabitkan kepentingan keselamatan, pertahanan negara.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc juga campur tangan dalam isu ini dan mahu agensi berkenaan memberi penjelasan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...