Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat FA-50 Varian MRCA, Lebih Berkuasa Dan Lebih Berbahaya

Maklumat tentang versi pesawat FA-50 MRCA itu telah didedahkan kepada umum pada pameran Seoul International Aerospace and Exhibition 2021 (ADEX 2021) yang berlangsung di ibu kota Korea Selatan, Seoul pada bulan Oktober lepas.

9,467

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang ringan, FA-50 “Fighting Eagle” yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) dikatakan adalah salah satu calon pesawat untuk program Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kita mengetahui bahawa KAI telah menawarkan kepada Malaysia varian pesawat FA-50 Block 20, tetapi beberapa bulan lepas syarikat pertahanan dan aeroangkasa Korea Selatan itu telah mendedahkan buat pertama kali kepada umum pesawat FA-50 di dalam varian Multi-Role Combat Aircraft (MRCA).

Sudah tentu varian MRCA itu adalah lebih berkuasa berbanding Block 20 dengan beberapa peralatan dan keupayaan tambahan, tetapi pembangunannya masih lagi akan memakan beberapa tahun sebelum ia benar-benar beroperasi.

Disebabkan sifatnya yang modular, walaupun secara hipotetikal Malaysia memilih untuk memperolehi pesawat FA-50 Block 20 untuk program FLIT/LCA, ia masih boleh menaiktarafnya ke tahap MRCA tanpa sebarang masalah. Apa yang penting adalah duit, itu sahaja.

Maklumat tentang versi pesawat FA-50 MRCA itu telah didedahkan kepada umum pada pameran Seoul International Aerospace and Exhibition 2021 (ADEX 2021) yang sedang berlangsung di ibu kota Korea Selatan, Seoul pada ketika ini sehingga 23 Oktober.

FA-50
Pesawat LCA FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries.

 

Sebagaimana dilihat pada posting akaun media sosial TUDM, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan pegawai-pegawai tinggi tentera udara turut berada di Seoul pada ketika menghadiri ADEX 2021.

Tiada kenyataan daripada TUDM sama ada Jeneral Ackbal dan pegawai tinggi TUDM itu mengadakan pertemuan dengan syarikat KAI ketika pameran itu.

Bagaimanapun, ada gambar media sosial TUDM menunjukkan Panglima TUDM mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan syarikat Lockheed Martin pada ADEX 2021.

Lockheed Martin juga adalah rakan kongsi kepada KAI dalam penghasilan pesawat FA-50, jadi admin pun pasti bahawa pegawai-pegawai kanan syarikat pertahanan Amerika Syarikat amat tahu tentang tender FLIT/LCA dan kemungkinan Malaysia akan memperolehi FA-50.

Lockheed Martin juga adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang gen-5 F-35.

FA-50
FA-50 MRCA

 

Ok berbalik pada pesawat FA-50 versi LCA keluaran KAI, pesawat itu yang telah digunakan oleh beberapa negara dengan Tentera Udara Korea Selatan sahaja menggunakan 60 buah pesawat terbabit.

Sementara pesawat FA-50 itu turut digunapakai oleh tentera udara Thailand, Filipina dan Indonesia di Asia Tenggara.

Tetapi kesemua menggunakan versi FLIT/LCA.

FA-50

Apa yang dipertontonkan pada pameran di ADEX 2021 adalah versi FA-50 MRCA yang bakal dipertingkatkan kemampuannya daripada segi jarak operasi pesawat itu serta kemampuan kombat platform berkenaan.

Antara kemampuan-kemampuan terbaru lain pesawat FA-50 versi MRCA adalah ia dilengkapi dengan “conformal fuel tanks” yang boleh membawa 300 gelen bahan api tambahan untuk penambahan jarak operasi pesawat.

Selain itu, pesawat yang dinaiktaraf itu juga bakal dilengkapi dengan pod sasaran (targeting pods) dipercayai menggunakan “Sniper Advanced Targeting Pod” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

FA-50
Sniper Advanced Targeting Pod.

 

Penggunaan “targeting pod” yang lebih berkemampuan ini akan membolehkan pesawat FA-50 versi MRCA melancarkan peluru-peluru berpandu yang lebih pelbagai dan berkeupayaan.

Antara sistem persenjataan yang bakal melengkapkap pesawat FA-50 versi MRCA ini adalah peluru berpandu udara-ke-darat jarak sederhana dan Beyond Visual Range Air-To-Air Missile (BVRAAM).

Dikatakan antara calon-calon peluru berpandu udara ke darat jarak sederhana yang berpotensi dibawa oleh pesawat FA-50 MRCA adalah peluru berpandu Joint Strike Missile (JSM) yang dibangunkan bersama oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg dan firma Amerika Syarikat, Raytheon.

FA-50
Peluru berpandu Joint Strike Missile (JSM)

 

Berkemampuan membedil sasaran darat dan maritim lebih daripada 100 batu nautika jaraknya, peluru berpandu JSM turut digunakan oleh pesawat F-35 Lightning.

Selain itu, ia juga berpotensi untuk membawa peluru berpandu Stand-Off Missile (SOM) yang dibangunkan oleh firma Turki, Roketsan dan Taurus KEPD 350K-2 yang dibangunkan oleh Taurus Systems.

Jarak-jarak operasi peluru berpandu SOM (lebih 250km) manakala Taurus KEPD 350K-3 adalah lebih 500km.

Selain itu, dibawah program naik taraf itu pesawat FA-50 MRCA KAI itu bakal dilengkapkan dengan:

  • multi-mode fire-control radar
  • glass cockpit with a large area display,
  • helmet-mounted display
  • aerial refuelling capability
  • electronic warfare systems
  • multimode network-centric system
  • new tactical data link
  • digital flight control system with triple redundancy.

Menurut pegawai-pegawai syarikat KAI lagi, program menaiktaraf pesawat FA-50 kepada versi MRCA akan bermula pada tahun depan.

FA-50
Peluru berpandu SOM (Stand-Off Missile) yang dibangunkan oleh firma Roketsan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.