Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu “Hsiung Feng IIE” Taiwan Buat Jeneral China “Berpeluh”

Industri pertahanan Taiwan menghasilkan deretan peluru berpandu daripada peluru berpandu kruis, peluru berpandu anti-kapal dan pelbagai peluru berpandu yang lain, hasil hubungannya yang baik dengan Amerika Syarikat yang merupakan negara pembekal utama senjata kepada pulau itu.

0 4,188

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun industri pertahanan Taiwan kurang dikenali ramai,  tetapi ia sememangnya berkemampuan tinggi dan telah berjaya membangunkan kapal perang, kenderaan perisai, kapal selam dan pesawat pejuangnya sendiri.

Industri pertahanan negara pulau juga menghasilkan deretan peluru berpandu daripada peluru berpandu kruis, peluru berpandu anti-kapal dan pelbagai peluru berpandu yang lain, hasil hubungannya yang baik dengan Amerika Syarikat yang merupakan negara pembekal utama senjata kepada pulau itu.

Antara peluru berpandu yang berjaya dihasilkan menggunakan kepakaran Taiwan itu sendiri adalah “Hsiung Feng IIE” yang dikategorikan sebagai Land Attack Cruise Missile (LACM),  bertujuan menyerang sasaran-sasaran darat. (sudah pasti milik China)

Hsiung Feng

Pemerhati antarabangsa mendakwa peluru berpandu itu adalah varian tempatan peluru berpandu “Tomahawk” yang dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Taiwan.

Apabila digandingkan dengan sistem Global Positioning System (GPS), peluru berpandu kruis Hsiung Feng IIE itu boleh mengubah penerbangannya bagi mengelak dipintas dan seterusnya membedil sasaran dengan kadar ketepatan yang amat tinggi . (circular error probable -CEP- hanya 15 meter)

Sistem peluru berpandu yang dibangunkan oleh National Chung-Shan Institute of Science and Technology itu adalah platform darat dan menggunakan solid fuel-booster dan enjin liquid-fuel turbojet.

Taiwan

Dibangunkan pada awal tahun 2001, peluru berpandu Hsiung Feng IIE yang digeruni oleh tentera China itu memberikan tentera Taiwan keupayaan untuk melakukan serangan jauh di dalam wilayah jirannya itu dengan kadar ketepatan yang tinggi.

Dengan jarak effektif peluru berpandu kruis itu yang lebih daripada 600km, ia mampu membedil bandar-bandar besar China yang menjadi pusat ekonomi bagi Beijing seperti Shanghai,Guangzhou dan Hong Kong.

Malah peluru berpandu Hsiung Feng IIE itu juga tidak mempunyai masalah untuk membedil Empangan Three Gorges.

Varian awal peluru berpandu itu sememangnya memiliki jarak 600km, tetapi selepas itu pihak tentera pulau itu dengan pihak institut telah membangunkan varian-varian lain yang membolehkan peluru berpandu Hsiung Feng IIE itu membedil sasaran sejauh 1,200km.

Hsiung Feng

Media-media tempatan Taiwan mendakwa peluru berpandu Hsiung Feng IIE dengan jarak effektif sejauh 1,200km itu telah mula dibangunkan pada 2018 dengan produksi awal adalah sebanyak 100 butir peluru berpandu bernilai US$400 juta (RM1.6 bilion).

Selain bandar-bandar besar, sasaran utama peluru berpandu kruis Taiwan itu sebenarnya adalah kemudahan-kemudahan tentera China seperti penempatan radar, sistem elektronik, pangkalan udara, tentera darat dan laut yang digunakan oleh Beijing untuk menyerang pulau itu sekiranya konflik bersenjata terjadi di Selat Taiwan itu.

Awal tahun ini, kerajaan Taipei berkata ia akan membuat kira-kira 500 buah peluru berpandu Hsiung Feng IIE setahun untuk tugasan aktif berikutan keadaan di antara Taiwan dan China yang semakin tegang serta stockpile.

Sementara itu terdapat juga laporan media mendakwa Amerika Syarikat tidak berapa gembira dengan pembangunan peluru berpandu Hsiung Feng IIE oleh Taiwan,mungkin kerana ia hanya meningkatkan ketegangan di antara pulau itu dengan China. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...