Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan Pesawat F-35 “Satu Kesilapan Besar” – Media Australia

Sesetengah pihak di negara Australia, perolehan pesawat F-35 Joint Strike Fighter oleh negara itu itu dianggap sebagai suatu kesilapan besar kerana isu-isu berkaitan dengan kos, kemampuan pesawat itu sendiri dan tahap kesiapsiagaan pesawat itu yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

11,169

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun negara-negara di serata dunia (sekutu Amerika Syarikat) berlumba-lumba untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 Joint Strike Fighter, tetapi bagi sesetengah pihak di Australia perolehan pesawat generasi kelima itu dianggap sebagai satu kesilapan besar.

Menurut sesetengah pihak di negara Oceania itu, perolehan pesawat F-35 itu dianggap kesilapan besar kerana isu-isu berkaitan dengan kos, kemampuan pesawat dan tahapkesiapsiagaan pesawat itu yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

Seorang wartawan kanan Australia dikenali dengan nama Brian Toohey yang menulis isu-isu mengenai pertahanan dan keselamatan negara itu sejak 1973 telah mengkritik cadangan tentera negara itu memperolehi  skuadron ke-4 pesawat F-35.

RAAF komited untuk memperolehi 72 buah pesawat F-35A bagi membolehkan ia mengoperasikan tiga buah skuadron pesawat berkenaan itu dan bercadang memperolehi skuadron ke-empat bagi menjadikan bilangan keseluruhan pesawat itu sebanyak 96 buah.

Masalah-masalah yang menimpa pesawat-pesawat F-35 Tentera Udara Australia itu menyebabkan wartawan Australia terbabit menyifatkan pembelian pesawat generasi kelima itu sebagai “kesilapan paling besar untuk memiliki pesawat berkenaan.”

F-35A
Dua buah pesawat pejuang F-35A Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)

 

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Pertahanan dan Perdagangan di Parlimen Australia diberitahu bahawa kerajaan negara itu dijangka akan membelanjakan US$10.87 bilion (RM43.48 bilion) untuk mengoperasi kesemua pesawat itu sepanjang perkhidmatannya sehingga tahun 2053.

Anggaran bajet yang dikemukakan oleh Jabatan Pertahanan Australia pada Februari tahun ini juga menyatakan bahawa pesawat F-35 dijangka kurang menghabiskan masa di udara (flying time)  dalam empat tahun mendatang ini.

Laporan itu menyatakan bahawa kekurangan masa pesawat generasi kelima milik Australia itu di udara adalah disebabkan isu-isu penyelenggaraan yang sentiasa menghantuinya.

Australia menyertai program F-35 sebagai Rakan Industri Tahap 3 pada tahun 2002 dan komited untuk memperolehi 72 buah pesawat itu pada harga US$16 bilion (RM64 bilion).

Elangaroo
Tiga buah pesawat F-35A milik daripada No 75 Skuadron Pangkalan Udara Tindal sedang menuju ke Butterworth. (kredit Australian Government Defence)

 

Pada ketika ini, Tentera Udara Australia telah pun menerima 54 daripada 72 pesawat F-35,  dengan ia menjangka akan menerima kesemua pesawat yang dipesannya pada tahun depan.

Bagaimanapun, menurut pakar-pakar pertahanan dan media di Australia, pesawat-pesawat F-35 yang dibeli oleh negara itu adalah suatu kesilapan.

Sebagai contoh, dua buah pesawat F-35 awal yang dibeli pada tahun 2013 pada harga US$280 juta (RM1.12 bilion) tidak boleh dinaiktaraf ke teknologi terkini kerana disifatkan sebagai “terlalu tua.”

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai kemampuan terhad pesawat F-35 yang membuatkan pemerhati ketenteraan di Australia mempersoalkan keputusan kerajaan negara mengeluarkan belanja yang besar untuk membelinya.

F-35A
Pesawat F-35A Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) 

 

Sebagaimana dilaporkan oleh media-media di Australia, radius operasi pesawat F-35A adalah kira-kira 1,000km dan sekiranya dibantu dengan pesawat pengisi minyak maka jarak operasinya adalah sekitar 1,500km.

Menurut laporan, pesawat F-35A tidak mampu sampai ke Laut China Selatan tanpa menperolehi bantuan daripada pesawat pengisi minyak, sekaligus menimbulkan persoalan tentang keberkesanan operasinya memandangkan kemungkinan pesawat pengisi minyak itu tidak boleh beroperasi ketika konflik atau di ruang udara berkonflik.

Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa jarak operasi sebenar pesawat F-35 itu hanya sekitar 500km dan bukan sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Selain itu, walaupupun dikatakan pesawat F-35 itu adalah pesawat supersonic tetapi ia tidak boleh bergegas ke sasaran dengan cepat kerana ia hanya boleh terbang pada kelajuan 1,960km sejam atau Mach 1.6 selama 50 saat sahaja sebelum terpaksa mengurangkan kelajuan dengan mendadak bagi mengelak masalah lain membabitkan enjinnya daripada berlaku.

Satu lagi masalah membabitkan pesawat F-35 Australia melibatkan perisiandigital Block 3F digunakannya, sistem perisian yang dibangunkan oleh Lockheed Martin, yang bukan sahaja amat mahal untuk diselenggara tetapi adalah kompleks.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut pegawai-pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat, pesawat-pesawat F-35 pada masa kini dengan perisian sedia ada Block 3F tidak mampu berhadapan dengan China.

Jikalau pesawat-pesawat itu mahu dinaiktaraf kepada sistem perisian operasi digital Block 4, maka negara-negara penguna pesawat perlu berbelanja besar kerana usaha naik taraf itu akan turut membabitkan penukaran enjin pesawat.

Penukaran enjin pesawat terpaksa dilakukan kerana sistem operasi digital Block 4 itu memerlukan kuasa yang lebih kuat, dengan kuasa itu diperolehi daripada enjin pesawat. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments are closed.