Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia, Boeing Meterai MoU Perolehan 24 Buah F-15EX

MoU diantara Indonesia dan Boeing itu telah ditandatangani di kilang Boeing di St. Louis, Missouri yang menghasilkan pesawat F-15 dan pesawat-pesawat pejuang yang lain, menurut kenyataan oleh Boeing.

0 5,244

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Indonesia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperolehi sehingga 24 buah pesawat pejuang F-15EX yang dibangunkan oleh Boeing ketika Menteri Pertahanan negara itu, Prabowo Subianto melawat Amerika Syarikat ketika ini. 

MoU itu telah ditandatangani di kilang Boeing di St. Louis, Missouri yang menghasilkan pesawat F-15 dan pesawat-pesawat pejuang yang lain, menurut kenyataan oleh Boeing.

” Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan komitmen kami untuk memperolehi F-15EX yang amat kritikal kepada Indonesia. Pesawat pejuang canggih ini akan melindungi dan mempertahankan negara ini dengan kemampuannya yang moden,” kata Subianto.

F-15
(Boeing)

 

Walaupun MoU telah ditandatangani antara kedua-dua pihak, tetapi ia masih bergantung kepada kelulusan akhir oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pada Februari 2022, US Defense Cooperation Security Agency (DSCA) mengumumkan bahawa ia telah meluluskan potensi Foreign Military Sales (FMS) bernilai US$13.9 (RM62. 5 bilion) untuk membekalkan Indonesia dengan 36 buah pesawat pejuang F-15ID, yang adalah sama seperti F-15EX milik Amerika Syarikat.

Menurut Boeing lagi, pesawat pejuang F-15 bakal meletakkan Indonesia di atas daripada segi penguasaan udara dan syarikat itu bersedia untuk menyokong usaha ke arah itu.

Syarikat itu kekal komited untuk menjadi rakan kepada kerajaan Amerika Syarikat dalam mengketengahkan matlamat keselamatan antarabangsa bersama-sama rakan yang lain.

Pakej terakhir pembelian itu dijangka akan turut meliputi penyertaan industri oleh syarikat-syarikat terpilih Indonesia.

F-15EX
Pesawat F-15EX yang dibangunkan oleh syarikat Boeing.

 

Pada November 2022,Boeing menandatangani MoU dengan Indonesia Aerospace bagi membolehkan kedua-dua pihak melihat potensi kerjasama sekiranya perolehan pesawat F-15 untuk Indonesia itu berjalan lancar.

Pakej asal pembelian pesawat pejuang F-15 itu akan melihat Indonesia memperolehi enjin GE Aviation F100 or Pratt & Whitney F110, Raytheon Intelligence & Space AN/APG-82(v)1 radar active electronically scanned array (AESA) dan pelbagai peralatan serta komponen lain.

Selain pesawat pejuang F-15, Indonesia juga bakal memperolehi pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

Pada 10 Ogos lalu, Indonesia membuat pesanan selanjutnya bagi pesawat Rafale, menjadikan keseluruhan pesawat pejuang buatan Perancis yang telah dipesannya daripada syarikat Dassault Aviation setakat ini kepada 24 buah. – – DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...