Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Australia Berbelanja Besar, Perolehi 200 Tomahawk Dan Tambahan HIMARS

Perolehan 200 buah peluru berpandu kruis “Tomahawk” itu adalah sebahagian daripada usaha Australia meningkatkan lagi kemampuan angkatan tenteranya untuk berhadapan dengan ketidakstabilan di rantau Indo-Pasifik akibat sikap agresif tentera China.

0 1,323

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Australia akan melengkapkan tiga buah kapal destroyer peperangan udara (air-warfare destroyers) kelas-Hobart miliknya dengan peluru berpandu kruis “Tomahawk” bagi membolehkannya memiliki kemampuan “serangan jarak jauh” dan menangani ketidakstabilan di Indo-Pasifik.

Peluru berpandu “Tomahawk” yang dibangunkan oleh syarikat RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon) daripada Amerika Syarikat mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 1,500km hingga 2,000km.

Perolehan 200 buah peluru berpandu kruis “Tomahawk” itu adalah sebahagian daripada usaha Australia meningkatkan lagi kemampuan angkatan tenteranya untuk berhadapan dengan ketidakstabilan di rantau Indo-Pasifik akibat sikap agresif tentera China.

Tomahawk

200 buah peluru berpandu kruis “Tomahawk” itu dianggarkan bernilai AUD$1.3 bilion (RM3.87 bilion).

Dengan perolehan peluru berpandu jarak jauh itu, Australia hanya menjadi negara ketika untuk memiliki senjata itu selepas Amerika Syarikat dan Britiain, dengan Jepun juga dilaporkan berminat untuk memperolehi peluru berpandu itu.

Tentera Laut Australia memiliki tiga buah kapal perang destroyer peperangan udara kelas-Hobart dalam armadanya iaitu HMAS Hobart (DDG 39), HMAS Brisbane (DDG 41) dan HMAS Sydney (DDG 41).

Setiap kapal perang seberat lebih 7,000 tan terbabit dilengkapi dengan sistem kombat AEGIS dan Mark 41 Vertical Launch System (VLS) bagi membolehkannya melancarkan beberapa jenis peluru berpandu seperti RIM-66 Standard 2 dan RIM-162 Evolved Sea Sparrow.

Ia juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal Harpoon dan torpedo.

Hobart
HMAS Hobart

 

Sementara itu Jabatan Negara Amerika Syarikat juga mengumumkan bahawa ia telah meluluskan Foreign Military Sales (FMS) kepada Australia melibatkan 22 buah sistem M142 High-Mobility Artillery Rocket Systems (HIMARS) dan pelbagai peralatan sokongan bernilai hampir US$1 bilion (RM4.5 bilion).

Ia adalah penambahan kepada 20 buah HIMARS yang kerajaan Australia telah umumkan untuk perolehi pada Januari lalu.

Selain itu Australia juga akan membelanjakan AUD$450 juta (RM1.3 bilion) untuk memperolehi 60 buah peluru berpandu anti-radiasi bagi melengkapkan pesawat-pesawat pejuang, Growler dan Hornet milik tentera udaranya.

Ia juga akan melengkapkan kenderaan kombat Boxer dengan peluru-peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike LR 2” pada kos AUD$50 juta (RM148 juta).

Pada awal 2030-an, Australia akan memperolehi tiga buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia (SSN-774) dan opsyen untuk dua buah kapal selam kelas yang sama daripada Amerika Syarikat.

HIMARS
HIMARS

 

Australia akan membelanjakan lebih daripada US$3 bilion (RM13.5 bilion) untuk setiap kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia yang bakal diperolehinya daripada Amerika Syarikat.

Negara itu akan mengoperasikan kapal-kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia itu terlebih dahulu sebelum ia dan Britain membina kapal selam kelas-AUKUS menggunakan teknologi nuclear propulsion Amerika Syarikat pada awal 2040-an.

Ini semua adalah sebahagian daripada kerjasama ketenteraan dinamakan “AUKUS” (Australia,United Kingdom dan United States). — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...