Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F/A-18D Hornet TUDM, Hawk TNI-AU Pantau Ruang Udara Selat Melaka Dalam PATKOR MALINDO

Menurut kenyataan media sosial TUDM, tujuan pengoperasian PATKOR MALINDO ini dilaksanakan adalah sebagai langkah pemantauan bersama di ruang udara Selat Melaka.

2,017
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan maritim udara dalam Operasi Patroli Udara Bersama Terkoordinasi Malaysia – Indonesia (PATKOR MALINDO) siri 2/24 di ruang udara Selat Melaka.
Menurut kenyataan media sosial TUDM, tujuan pengoperasian PATKOR MALINDO ini dilaksanakan adalah sebagai langkah pemantauan bersama di ruang udara Selat Melaka.
Selain itu, ia juga kerjasama pengoperasian dua hala bagi meningkatkan tahap kesiagaan operasi, memupuk kerjasama bersepadu dan strategik serta mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang sedia terjalin antara kedua-dua angkatan udara.
Rondaan bersama ini juga adalah sebagai ‘show of presence’ demi keamanan ruang udara serantau khususnya di ruang udara kawasan perairan Selat Melaka.
Dalam operasi ini, TUDM telah mengaturgerak dua buah pesawat pejuang F/A-18D dari No 18 Skuadron, manakala TNI-AU pula mengaturgerak tiga buah pesawat pejuang Hawk 109/209 dari Skuadron Udara 12 yang berlepas dari LANUD Roesmin Nurjadin, Pekan Baru.
Patkor
(gambar TUDM)
Patkor
(gambar TUDM)
Operasi PATKOR MALINDO kali ini turut melibatkan CRC Kuantan sebagai Pusat Kawalan Operasi TUDM, JAMCC Sepang dan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) sebagai koordinator untuk ruang udara yang difokuskan.
Manakala Komando Sektor 1(KOSEK 1) Medan bertindak sebagai Pusat Kawalan Operasi bagi TNI-AU.
Rondaan Udara Bersama ini adalah bukti jalinan kerjasama pertahanan serantau bagi menjaga keselamatan serta kestabilan ruang udara dua buah negara serumpun yang membantu memanfaatkan banyak pihak.
Kejayaan melaksanakan operasi ini adalah susulan hasil Mesyuarat Koordinasi PATKOR MALINDO SIRI 2/24 yang telah diadakan di Pekan Baru pada 5 hingga 7 Nov 24 yang lalu. — DSA

Comments are closed.