Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-22 Raptor Tidak “Kebal”, Pernah “Ditembak Jatuh” Rafale Dalam Latihan Udara Di UAE

Dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” Raptor itu mungkin tersasar kerana dalam satu latihan udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Al Dhahfra di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada November 2009, pesawat F-22 Raptor keluaran syarikat Lockheed Martin itu dilaporkan telah "kecundang."

0 1,370

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dan media-media negara itu sering mewar-warkan bahawa pesawat pejuang generasi kelimanya, F-22 Raptor adalah pesawat pejuang yang “kebal” dan tidak boleh dikalahkan oleh pesawat-pesawat pejuang lain terutamanya daripada Russia dan negara-negara yang tidak sehaluan dengannya.

Tetapi adakah dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” pesawat pejuang Air Dominance F-22 Raptor miliknya itu tepat?

Benarkah Raptor tidak boleh dikalahkan dalam pertempuran udara atau dakwaan Amerika itu hanya sekadar perang psikologinya terhadap musuh-musuhnya?

Jawapannya adalah, dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” Raptor itu mungkin tersasar kerana dalam satu latihan udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Al Dhahfra di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada November 2009, pesawat F-22 Raptor keluaran syarikat Lockheed Martin itu dilaporkan telah “kecundang.”

Bertempat di pangkalan udara milik Tentera Udara UAE itu, pesawat-pesawat F-22 Raptor daripada 1st Fighter Wing Tentera Udara Amerika di Virgina telah “bertembung” dengan pesawat-pesawat Rafale daripada Tentera Udara Perancis dan Eurofighter Typhoon daripada Tentera Udara British.

Meteor
Pesawat pejuang Rafale melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara  “Meteor” BVR.

 

Turut sama dalam latihan adalah pesawat-pesawat pejuang Dassault Mirage 2000 Tentera Udara UAE.

Dalam latihan “mock combat”,  terdapat laporan mengatakan bahawa sebuah pesawat Rafale yang dilengkapi dengan peluru dengan peluru berpandu udara-ke-udara telah berjaya “menembak jatuh” sebuah Raptor dalam pertempuran olok-olok itu.

Malah, ada pihak di dalam tentera udara Perancis yang telah mengeluarkan video menunjukkan pesawat Rafale berada di dalam kedudukan yang amat baik untuk melancarkan peluru berpandu “MICA” terhadap pesawat F-22 yang berada di dalam keadaan yang amat tertekan dalam latihan olok-olok itu.

Video itu dikeluarkan selepas pihak Tentera Udara Amerika Syarikat menafikan bahawa sebuah pesawat pejuang generasi kelima F-22 telah berjaya “ditembak jatuh” oleh pesawat generasi 4.5 buatan Perancis yang dikatakan lebih berusia dan kurang moden berbanding Raptor.

Pihak tentera udara Amerika Syarikat mendakwa tiada sebuah pun pesawat F-22 Raptor berjaya “ditembak” jatuh dalam latihan di UAE itu, malah ia membuat dakwaan pula bahawa Raptor telah berjaya menembak jatuh sebanyak enam buah pesawat Rafale dalam pertembungan satu lawan satu dalam latihan terbabit manakala lima lagi pertempuran berakhir dalam seri.

 Itu adalah apa yang diperkatakan tentang tentera Amerika Syarikat.

F-22
F-22 Raptor

 

Menerusi penyiaran video itu, Perancis mahu mengatakan bahawa pesawat Rafale adalah setanding dengan F-22 Raptor dan ia amat berguna dalam usaha pemasaran oleh pihak Dassault Aviation yang membangunkan pesawat Rafale.

Sebenarnya, bukan sahaja pesawat Rafale didakwa telah berjaya “menembak jatuh” Raptor dalam latihan di pangkalan udara Al Dhahfra, tetapi sebuah pesawat Mirage 2000 milik Tentera Udara UAE juga didakwa telah berjaya menembak jatuh pesawat pejuang yang dikatakan tercanggih di dunia pada ketika itu.

Dakwaan kejayaan pesawat pejuang Mirage 2000 itu lebih “mencabar” imej Amerika Syarikat dan F-22 Raptor kerana teknologi yang memacu pesawat pejuang buatan syarikat Dassault Aviation itu adalah lebih terkebelakang berbanding teknologi F-22.

Sebenarnya menurut beberapa pemerhati pertahanan, pesawat F-22 sebenarnya telah pun berjaya dikalahkan oleh pesawat F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu latihan yang diadakan pada 2006.

Kejayaan F-16 itu dikatakan diulangi oleh sebuah pesawat Growler pada 2008 atau 2008.

Mirage
Pesawat pejuang Mirage 2000-9 milik Tentera Udara UAE

 

Seorang komander skuadron pesawat F-22 Raptor, Lt Kolonel Dirk Smith memberitahu sebuah majalah pertahanan bahawa tidak kira sebagus mana sesebuah pesawat itu, mana-mana juruterbang boleh membuat kesilapan.

Walau secanggih mana pesawat itu, ia tetap bergantung pada skill juruterbang itu sendiri.

Dalam satu lagi latihan udara pada 2012 di Alaska, sekumpulan juruterbang Tentera Udara Jerman yang menerbangkan pesawat pejuang Typhoon telah bertembung dengan pesawat Raptor dalam pertempuran jarak dekat.

Salah seorang juruterbang Jerman itu mengatakan tiada pesawat memiliki kelebihan dalam pertempuran udara jarak dekat.

Menurut juruterbang Jerman itu lagi, pesawat F-22 Raptor sukar ditandingi dalam pertembungan Beyond Visual Range (BVR) di altitude dan kelajuan yang tinggi dimana ia boleh menggunakan kecanggihan radarnya dan peluru berpandu udara-ke-udaranya yang boleh membedil sasaran dari jarak yang jauh.

 “Dalam pertempuran jarak dekat, pesawat F-22 yang lebih berat itu berada dalam kedudukan yang disadvantage,” katanya. – DSA

(LAGI BANYAK BERITA TENTANG PESAWAT PEJUANG F-22 RAPTOR)

 

To contact, please email admin of the website at lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...