Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Udara Amerika Tamatkan Khidmat 119 Pesawat F-15E Kerana “Kekangan Kewangan”

Ketua Staff Tentera Udara Amerika Syarikat Jen Charles Q. Brown, Jr yang ditanya ketika sesi keterangan jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata senat negara itu berkata keputusan penamatan khidmat 119 buah F-15E itu diambil untuk mencapai “keseimbangan di di dalam keupayaan dan kapasiti” serta kekangan kewangan yang mencengkam tentera udara negara itu.

0 5,640

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang untuk “membersarakan” perkhidmatan 119 buah pesawat pejuang gen-4 F-15E menjelang tahun 2028, meninggalkan negara itu dengan hanya 99 buah pesawat pejuang itu yang masih boleh dikerah untuk melaksanakan misi-misi di seluruh dunia.

Pada ketika ini, Tentera Udara Amerika Syarikat memiliki 218 buah pesawat pejuang F-15 dengan purata usia mencecah 30 tahun.

Sebanyak 99 buah pesawat yang akan dikekalkan itu dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney F100-PW-229 yang lebih baru, manakala 119 pesawat F-15E yang akan ditamatkan perkhidmatannya menjelang 2028 itu pula dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney F100-PW-220 yang lebih lama.

F-15E

Ketua Staff Tentera Udara Amerika Syarikat Jen Charles Q. Brown, Jr yang ditanya ketika sesi keterangan jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata senat negara itu berkata keputusan penamatan khidmat 119 buah F-15E itu diambil untuk mencapai “keseimbangan di di dalam keupayaan dan kapasiti.”

Brown menyatakan bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat terpaksa membuat keputusan yang sukar disebabkan kekangan kewangan.

Tentera Udara Amerika Syarikat memilih untuk mengekalkan perkhidmatan 99 buah pesawat F-15E yang dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa dan lebih baru serta berterusan untuk meningkatkan kemampuannya.

Penjimatan yang berjaya dibuat hasil penamatkan khidmat 119 buah F-15E itu akan digunaka untuk menaiktaraf 99 buah pesawat F-15E yang lain dengan teknologi Eagle Passive Active Warning Survivability System (EPAWSS).

Teknologi EPAWSS dibangunkan oleh syarikat BAE Systems yang memberikan penggunanya kesedaran maksimum tentang keadaan terkini bagi membolehkan juruterbang pesawat mengesan, mengenalpasti dan bertindak dengan cepat terhadap ancaman.

F-15E

Sebelum ini, Tentera Udara Amerika Syarikat juga telah bertindak menamatkan khidmat pesawat pejuang F-15C/D yang lebih berusia daripada 119 buah pesawat varian F-15E yang akan ditamatkan khidmatnya menjelang 2028.

Varian F-15C/D yang diperkenalkan pada tahun 1970-an akan ditamatkan perkhidmatannya pada tahun depan.

Tentera Udara Amerika Syarikat memperkenalkan varian F-15E kira-kira 10 tahun selepas varian F-15C/D memasuki perkhidmatan.

Bagi menampung keperluan operasi Tentera Udara Amerika Syarikat, ia akan memperolehi kira-kira 100 buah varian pesawat pejuang F-15EX Eagle II yang merupakan varian terkini dan tercanggih bagi pesawat pejuang itu.

Varian F-15EX Eagle II itu turut dilengkapi dengan EPAWSS.

Tentera Udara Amerika Syarikat akan memperolehi sebanyak 24 buah daripada pesawat pejuang F-15EX Eagle II itu pada tahun kewangan 2024 manakala selebihnya pada tahun-tahun berikut. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...