Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Anti-Kapal Exocet MM40 Block III Untuk TLDM??

Syarikat MBDA Missile Systems telah pun membangunkan varian terkini peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 iaitu MM40 Block III yang boleh membedil sasaran pada jarak yang lebih jauh. Varian MM40 Block III boleh membedil sasaran sejauh 200km.

0 4,150

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada minggu lepas, kapal korvet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekir telah melancarkan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 di perairan utara Selat Melaka bersempena dengan Latihan Taming Sari.

Peluru berpandu anti-kapal yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Missile Systems itu telah mengenai sasaran yang terletak kira-kira 20 batu nautika (36 km) jauhnya dengan tepat.

Walaupun tidak menyatakan dengan tepat varian peluru berpandu Exocet MM40 yang dilancarkan pada Latihan Taming Sari itu ia dipercayai adalah daripada varian MM40 Block II yang memiliki jarak operasi effektif sejauh 70km.

Exocet

Sejarah TLDM dengan peluru berpandu Excocet ini bermula dengan penggunaan varian MM38 sebelum menjangkau kepada MM40.

TLDM menerusi kedua-dua kapal selam kelas-Perdana Menteri iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak juga menggunakan peluru berpandu anti-kapal lancaran kapal selam, SM39, menjadikan negara sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kemampuan melancarkan peluru berpandu anti-kapal lancaran kapal selam di rantau ini.

Bagaimanapun syarikat MBDA Missile Systems telah pun membangunkan varian terkini peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 iaitu MM40 Block III yang boleh membedil sasaran pada jarak yang lebih jauh.

Varian MM40 Block III boleh membedil sasaran sejauh 200km.

Varian Block III ini boleh dilancarkan dalam semua jenis keadaan cuaca dan peratusannya untuk mengenai sasaran adalah amat tinggi bagi peluru berpandu anti-kapal menggunakan active RF seeker dengan kelajuan subsonic yang tinggi itu.

KD Lekir
KD Lekir ketika melancarkan peluru berpandu anti-kapal “Exocet MM40” pada Eks Taming Sari baru-baru ini.

 

Ia juga berkemampuan membedil sasaran yang sedang bergerak (moving targets), selain mempunyai flexsibiliti yang tinggi untuk melakukan serangan dalam suasana peperangan yang kompleks.

Kesemua pakej navigasi dan propulsion bagi peluru berpandu anti-kapal MM40 Block III membenarkan programming secara 3D bagi membolehkan trajektori secara optima dan serangan oleh pelbagai peluru berpandu.

Varian terkini peluru berpandu anti-kapal MM40 Block III telah pun digunakan oleh beberapa tentera laut di dunia, namun admin tidak pasti sama ada TLDM menggunakan peluru berpandu varian terkini MM40 Block III.

Mungkin TLDM mahu menghabiskan stok varian MM40 Block II terlebih dahulu sebelum memperolehi varian MM40 Block III pula.

Exocet

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Memandangkan TLDM mempunyai sejarah yang panjang dengan peluru berpandu anti-kapal Exocet, maka kemungkinan besar adalah ia akan turut memperolehi varian MM40 Block III bagi melengkapkan kapal-kapalnya, walaupun beberapa tahun mendatang ini kita akan menyaksikan kemasukan peluru berpandu anti-kapal yang baru kedalam TLDM.

Bermula dengan kapal Littoral Combat Ship (LCS), TLDM akan melihatkan penggunaan peluru berpandu anti-kapal yang baru iaitu Naval Strike Missile (NSM), sebelum penggunaan peluru berpandu yang dibangunkan oleh syarikat Kongsberg daripada Norway itu diperluaskan oleh kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua.

Exocet MM40 Block III dan NSM, mana yang lebih hebat? — DSA

Comments
Loading...