Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Mahu Eksport Senjata Ke 12 Buah Negara Termasuk Malaysia

Menurut media Jepun itu, kerajaan Negara Matahari Terbit akan mengubah undang-undang dan peraturan negara itu bagi membolehkan ia mengeksport senjata-senjata terbabit ke 12 buah negara itu termasuk Malaysia bermula pada Mac tahun depan.

0 6,284

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan dipercayai untuk membantu negara-negara sahabatnya menangani ancaman tentera China terutamanya berkaitan isu Laut China Selatan, Jepun bercadang membenarkan eksport pesawat-pesawat pejuang, peluru berpandu dan senjata lain kepada 12 buah negara.

Sebagaimana dilaporkan oleh media terkemuka Jepun, Nikkei, Malaysia adalah salah satu daripada 12 buah negara tersebut.

Negara-negara lain yang termasuk dalam senarai itu adalah India, Australia, Vietnam, Thailand dan Filipina serta beberapa negara Eropah.

Jepun
Pesawat F-15J Tentera Udara Jepun.

 

Menurut media Jepun itu, kerajaan Negara Matahari Terbit akan mengubah undang-undang dan peraturan negara itu bagi membolehkan ia mengeksport senjata-senjata terbabit ke 12 buah negara itu bermula pada Mac tahun depan.

Selepas Perang Dunia Kedua di mana Jepun mengalami kekalahan, perlembagaan negara itu tidak dibenarkan ia mengeksport senjata ke negara luar, malah angkatan tentera negara itu juga dipanggil Japan Self Defense Force (JSDF).

Angkatan Tentera Jepun hanya sebuah angkatan pertahanan.

Memandangkan artikel oleh Nikkei itu adalah berbayar, maka kita tidak mengetahui senjata-senjata apakah yang mahu dieskport oleh Jepun kepada 12 buah negara itu termasuk Malaysia.

Bagaimanapun kita mengetahui bahawa sebelum ini Jepun telah memindahkan kapal-kapal pengawal pantainya kepada Malaysia dan beberapa negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Filipina.

Jepun
Sebuah kapal APMM yang merupakan bekas kapal pengawal pantai Jepun.

 

Dipercayai pemindahan kapal-kapal pengawal pantai Jepun kepada negara-negara Asia Tenggara bertujuan membantu mereka menangani pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China di kawasan perairan mereka di Laut China Selatan.

Mungkin selepas ini dengan perubahan undang-undang dan peraturan Jepun itu, ia boleh memindahkan kapal-kapal tentera lautnya yang telah ditamatkan khidmat kepad negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia itu.

Beberapa tahun lalu, terdapat laporan bahawa Jepun berminat untuk memindahkan lebihan (surplus) pesawat peronda maritim P-3C Orion miliknya kepada Malaysia bagi membantu negara mengawal dan memantau perairannya daripada sebagai pencerobohan.

Bagaimanapun pemindahan itu tidak menjadi kenyataan berkemungkinan besar akibat kekangan perundangan di pihak Jepun itu.

Kemungkinan dengan perubahan di dalam undang-undang dan peraturan Jepun itu, ia akan memudahkan lagi pemindahan senjata-senjata milik tentera Jepun kepada negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Jepun
Kapal destroyer tentera laut Jepun “JS Maya.”

 

Walauapapun, tindakan Jepun itu amat dialu-alukan sekiranya ia mahu memindahkan senjata kepada negara-negara sahabatnya termasuk Malaysia.

Ia ditambah pula laporan daripada Tokyo hari ini dimana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencadangkan supaya hubungan Jepun dan Malaysia dinaiktaraf kepada “Comprehensive Strategic Partnership” (CSP).

Cadangan itu dikemukakan oleh Ismail ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Fumio Kishida.

Jepun
Kereta kebal Type 10 milik Jepun.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dalam pertemuan yang berlangsung di Kantei atau Pejabat Perdana Menteri Jepun, Ismail Sabri yang diiringi delegasi berprofil tinggi mengadakan perbincangan dua hala dengan Kishida bagi memperkukuh hubungan Malaysia-Jepun yang sekian lama terjalin.

“Kita ingin cadangkan supaya ditingkatkan hubungan kita daripada strategik partnership kepada comprehensive strategic partnership,” kata Ismail Sabri dalam pertemuan itu.

Hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf daripada “Enhanced Partnership” ke Strategic Partnership pada 2015. — DSA

 

Comments
Loading...