Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Eurofighter Typhoon Dilengkapi “Sistem Radar Paling Berkuasa Dunia”

ECRS Mk2 adalah radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dengan kemampuan tinggi di dalam peperangan elektronik, sebahagian daripada usaha peningkatan keupayaan pesawat-pesawat Eurofighter Typhoon milik RAF dianggar bernilai 2.35 billion Pound (RM12.3 bilion).

0 1,621

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon milik Royal Air Force (RAF) akan dilengkapi dengan apa yang dikatakan oleh pemerhati adalah “radar paling berkuasa di dunia” dipanggil European Common Radar System Mk2 (ECRS Mk2).

ECRS Mk2 adalah radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dengan kemampuan tinggi di dalam peperangan elektronik.

Pemasangan sistem radar ECRS Mk2 itu adalah sebahagian daripada usaha peningkatan keupayaan pesawat-pesawat Eurofighter Typhoon milik RAF dianggar bernilai 2.35 billion Pound (RM12.3 bilion).

Typhoon
Pesawat Eurofighter Typhoon

 

Kementerian Pertahanan Britain berkata dengan radar ECRS Mk2 pesawat-pesawat Typhoon terbabit mampu mengawal ruang udara dengan lebih berkesan.

Sistem radar itu akan membawa keupayaan peperangan elektronik terkini kepada RAF kerana ia akan membenarkan pesawat-pesawat Typhoon terbabit mengesan, mengenalpasti dan menjejaki pelbagai sasaran udara serta darat secara serentak, menurutnya.

Panglima Tentera Udara RAF Sir Mike Wigston berkata radar ECRS Mk2 adalah suatu transformasi kepada pesawat-pesawat Typhoon miik negara itu.

Typhoon

“Ia akan memastikan pesawat-pesawat Typhoon sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk melindungi ruang udara kita dan sekutu-sekutu kita daripada segala bentuk ancaman yang kini berubah dengan pantas,” katanya.

Sistem radar yang baru itu akan membolehkan juruterbangnya kemampuan untuk menumpaskan sistem pertahanan udara musuh menggunakan pemintasan-elektronik berkeupayaan tinggi dan menangani sasaran daripada kedudukan yang selamat.

Radar ECRS Mk2 itu dibangunkan oleh Leonardo UK di Edinburgh dan Luton serta diintergrasikan kepada pesawat Typhoon oleh syarikat BAE Systems di Warton.

Typhoon

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

RAF bercadang untuk melengkapkan kesemua 40 buah pesawat Typhoon Tranche 3 dengan radar ECRS Mk2 serta kemungkinan pesawat Typhoon Tranche 2 juga akan dilengkapi dengan sistem radar AESA yang berkemampuan tinggi itu.

Usaha-usaha peningkatan keupayaan terhadap pesawat-pesawat Typhoon milik RAF akan mewujudkan kira-kira 1,300 pekerja di Britain.

Pesawat Typhoon adalah aset utama bagi RAF untuk misi Quick Reaction Alert (QRA) di United Kingdom serta di Pulau Falklands, melindungi ruang udara daripada segala bentuk ancaman. — DSA

 

Comments
Loading...