Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Eksesais Keris Strike 2024 Libat Anggota Tentera Malaysia, Amerika, Australia Labuhkan Tirai

Eksesais Keris Strike yang diadakan secara bersama Tentera Darat Malaysia (TDM), United States Army Pacific Command (USARPAC) dan Tentera Darat Australia (TDA) ini telah berlangsung selama 15 hari dan melibatkan seramai 3, 141 anggota tentera ketiga-tiga negara itu.

1,004

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan Upacara Penutup Eksesais Keris Strike Siri 29/2024 di Pantai Sikuati, Kota Belud, Sabah hari ini.

Eksesais Keris Strike yang diadakan secara bersama Tentera Darat Malaysia (TDM), United States Army Pacific Command (USARPAC) dan Tentera Darat Australia (TDA) ini telah berlangsung selama 15 hari.

Eksesais Keris Strike 2024  itu melibatkan seramai 3, 141 pegawai dan anggota tentera dimana 2, 388 adalah anggota Tentera Darat Malaysia, 617 anggota USARPAC dan 136 anggota TDA.

PTD turut menyaksikan fasa serangan akhir Battle Group sebelum menyempurnakan upacara penutup eksesais yang dimulakan dengan acara menanggalkan TOHA yang dipakai oleh wakil-wakil Pelaku Biru, Pelaku Merah, Exercise Control (EXCON), Higher Control (HICON), Tim Evaluasi Doktrin dan Evaluasi Latihan.

PTD dalam ucapannya menyatakan bahawa eksesais ini sangat penting dalam pertukaran ilmu ketenteraan dan pengalaman  disamping mengeratkan lagi hubungan trilateral di antara tiga buah negara.

Keris Strike
(Kredit Tentera Darat)
Keris Strike
Keris Strike

 

Eksesais Keris Strike katanya, adalah satu manifestasi kerjasama aktif antara Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia meningkatkan kebolehoperasian dan pemahaman semua tentera negara terlibat melalui standard operating procedure (SOP) yang akan meningkatkan keupayaan tentera negara peserta sebagai sebuah pasukan.

“Sepanjang eksesais dijalankan, pelbagai aktiviti perkongsian pengetahuan dan kepakaran iaitu latihan merentas (ctx) melibatkan kepakaran arborne, subject matter expert exchange (smee) dengan topik seperti multi domain operation, CBRNe, operasi ofensif, eksesais antara anggota (staffex) melibatkan pendedahan kepada fungsi staf dalam operasi, gabungan tembakan (calfex) melibatkan aset artileri, amour, mekanise dan senjata bantuan batalion.

“Turut diadakan ialah latihan lapangan (ftx) melibatkan, fasa mara oleh battle group formasi 5 briged dari simpang Kota Belud sehingga Sikuati sejauh 114 kilometer dan penamat eksesais adalah fasa serangan, air assault dan airbone operation keatas objektif di Sikuati,” katanya, sebagaimana dipetik oleh media tempatan.

Tambahnya pelbagai aset juga dipamerkan semasa hari terbuka bersama masyarakat antaranya helikopter Black Hawk (UH-60l) dan (HH-60l), Lipan Bara (AV4), Helikopter Chinook, Gempita, Helikopter A109 loh (Agusta) dan pelbagai jenis kenderaan darat lain.

“Pemilihan lokasi di Sabah ini memberi suasana baru bagi perserta memahami isu-isu geostrategik yang berlaku di Laut China Selatan dengan pelbagai bentuk ancaman keselamatan. 

Keris Strike
(Kredit Tentera Darat)
Keris Strike
(Kredit Tentera Darat)

 

“Melalui kerjasama strategik seperti latihan ketenteraan bersama pelbagai negara dapat meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa dalam mengekalkan keamanan di rantau ini,” katanya.

Turut hadir upacara penutup eksesais ini adalah Deputy Commanding General, United States Army Pacific (USARPAC) Lieutenant General James (Jamie) B. Jarrard, 1st Australian Division Commander, Major General Ash Collingburn, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima 10 Briged (PARA) Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan lain-lain. — DSA

Comments are closed.