Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dibina Ratusan Juta Dollar, Kapal Perang Amerika Alami Masalah Keretakan

USS Coronado (LCS-4) merupakan kapal LCS kedua daripada kelas-Independence milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang dibersarakan selepas pihak tentera laut mengesan badan kapal itu mengalami masalah keretakan yang amat serius.

0 2,298

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun hanya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat kira-kira tujuh tahun yang lepas, tetapi kapal Littoral Combat Ship (LCS)  “USS Coronado”  yang menelan belanja ratusan juta dollar untuk dibina terpaksa dibersarakan lebih awal pada September lepas kerana mengalami masalah keretakan yang serius.

Dibina oleh syarikat pembuat kapal, Austal USA, kapal LCS kelas-Independence – USS Coronado telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut negara itu pada tahun 2015.

Ia disifatkan sebagai kapal perang yang masih baru.

USS Coronado (LCS-4) merupakan kapal LCS kedua daripada kelas-Independence milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang terpaksa dibersarakan lebih awal selepas pihak tentera laut mengesan masalah keretakan yang amat serius.

Kapal pertama LCS daripada kelas itu,  USS Independence juga telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun lepas walaupun ia hanya memasuki perkhidmatan tentera laut negara kuasa besar itu pada 2010 dan hanya sempat berkhidmat selama 11 tahun.

LCS

Keseluruhannya pihak pentadbiran Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang menamatkan perkhidmatan lebih separuh daripada 19 buah kapal LCS daripada kelas-Independence kerana berhadapan dengan masalah keretakan yang sama, berpunca daripada “structural defects” yang dikesan pada kapal-kapal perang terbabit.

Masalah “keretakan serius” yang menimpa kapal-kapal LCS itu disifatkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai amat memalukan, selain mengakibatkannya kerugian berbilion-bilion dollar. 

Sebagaimana USS Coronado dan USS Independence, kapal-kapal  LCS yang lain juga hanya berkhidmat selama beberapa tahun dengan Tentera Laut Amerika Syarikat sebelum ia turut sama berhadapan dengan masalah keretakan yang serius.

Masalah keretakan yang amat serius itu menyebabkan kapal-kapal LCS hanya mampu belayar tidak melebih 15 knot dan di laut dengan ombak tidak melebihi lapan meter tingginya.

LCS
USS Independence dan USS Coronado di Lautan Pasifik

 

Jikalau kapal-kapal terbabit melanggar syarat-syarat terbabit, maka masalah keretakan pada badan kapal itu akan hanya menjadi lebih serius dan boleh mengakibatkan kapal itu berhadapan dengan kemungkinan yang lebih berbahaya termasuk kepada nyawa anak-anak kapalnya.

Kapal-kapal LCS kelas-Independence dibina menggunakan aluminium dengan rekabentuk Trimaran serta mempunyai kelajuan yang tinggi mencecah 44 knot bagi membolehkan ia dikerah ke kawasan operasi dengan pantas.

Kapal LCS kelas-Independence yang memiliki berat lebih daripada 3,000 tan itu direkabentuk dengan kelajuan yang tinggi, manakala kawasan operasi utamanya adalah di kawasan pesisir pantai.

Setiap kapal LCS kelas-Independence itu memiliki kira-kira 40 krew asas.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dilengkapi dengan meriam dan sistem peluru berpandu anti-kapal,  Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengerah beberapa kapal LCS ke rantau Asia Pasifik untuk menjalankan rondaan di perairan Indo-Pasifik.

Kapal-kapal LCS Amerika Syarikat yang “bertugas” di Indo-Pasifik itu menjadikan Singapura sebagai pengkalannya.

Kapal LCS, USS Coronado yang ditamatkan khidmatnya pada September itu uga pernah berkunjung ke Lumut beberapa tahun lepas, yang merupakan sebahagian daripada operasinya di rantau Asia Pasifik. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

  

Comments
Loading...