Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Doktrin Maritim Russia Mahu Bina Lebih Banyak Kapal Pengangkut Pesawat, Tetapi…

Pada ketika ini, Russia walaupun diakui sebagai kuasa tentera dunia tetapi ia hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat yang aktif iaitu, Admiral Kuznetsov,  walaupun ia sering mengalami kerosakan dan lebih banyak menghabiskan masa di limbungan untuk diperbaiki daripada belayar di lautan.

0 2,980

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Doktrin Maritim Russia yang dilancarkan pada pertengahan tahun ini mahukan tentera laut negara itu memiliki lebih banyak kapal pengangkut pesawat (aircraft carriers) dan kapal -kapal perang permukaan (surface warships) yang bersaiz besar untuk mencabar Amerika Syarikat dan sekutunya di setiap pelusuk perairan dunia.

Pada ketika ini, Russia walaupun diakui sebagai kuasa tentera dunia tetapi ia hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat yang aktif iaitu, Admiral Kuznetsov,  walaupun ia sering mengalami kerosakan dan lebih banyak menghabiskan masa di limbungan untuk diperbaiki daripada belayar di lautan.

Pada ketika ini, kapal pengangkut pesawat tunggal Russia itu masih berada di limbungan kapal di Murmansk untuk diperbaiki.

Berbanding dengan Russia yang hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat, Amerika Syarikat pada ketika ini mempunyai 11 buah kapal pengangkut pesawat dan sembilan buah Landing Helicopter Dock (LHD) atau dipanggil “Amphibious Assault Ship”.

Untuk mencapai objektif doktrin maritim yang mahu melihat negara itu menambah pegangan kapal pengangkut pesawat dan kapal perang yang besar, Russia perlu memiliki kompleks-kompleks limbungan pembinaan kapal yang moden.

Kuznetsov
Admiral Kuznetsov

 

Limbungan pembinaan kapal yang moden itu perlu untuk memastikan keselamatan industri pembinaan kapal-kapal tentera Russia itu sendiri serta kelestarian pembangunan sosio-ekonomi.

Usaha Russia untuk menambah pegangan kapal-kapal pengangkut pesawat itu bagaimanapun, dipandang sinis oleh pakar-pakar tentera laut yang mengatakan negara itu tidak limbungan kapal yang mempunyai kemampuan untuk membina kapal-kapal pengangkut pesawat dengan cepat.

Ini kerana semasa zaman Kesatuan Soviet, limbungan-limbungan kapal yang bertanggungjawab membina kapal-kapal pengangkut pesawat itu terletak di Ukraine (yang merupakan sebahagian daripada Soviet Union tetapi kini adalah sebuah negara yang merdeka).

Industri sokongan yang menyokong pembinaan kapal-kapal pengangkut pesawat juga terletak di sekeliling limbungan kapal di Ukraine itu.

Membinanya semula daripada kosong akan mengambil masa yang amat lama, selain kos yang amat tinggi.

Kapal Russia
Kapal friget Russia Admiral Golovko

 

“Limbungan kapal terbesar yang bertanggungjawab membina kapal-kapal pengangkut pesawat ketika di zaman Kesatuan Soviet terletak di Nikolaev, Ukraine,” menurut seorang penganalisis daripada Centre for Naval Analyses Dmitry Gorenburg memberitahu portal pertahanan, Breaking Defense.

Jikalau tentera Russia gagal merampas Pelabuhan Nikolaev di Odessa, Ukraine dalam konflik Russia-Ukraine pada ketika ini, maka Moscow menurut beliau perlu membina sebuah limbungan kapal baru yang besar di suatu tempat lain.

Usaha membina limbungan kapal terutamanya dry dock yang besar untuk membina kapal-kapal pengangkut pesawat dan kapal perang besar adalah kompleks dan memakan masa yang lama.

Bagaimanapun itulah laluan yang terpaksa diambil oleh Russia sekiranya ia gagal menakluk Pelabuhan Nikolaev di Odessa yang pada ketika ini masih dikuasai oleh tentera-tentera Ukraine.

Makarov
Kapal friget Tentera Russia, Admiral Makarov

 

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Kuznetsov
Kapal pengangkut pesawat tunggal Russia, Admiral Kuznetsov sedang dibaiki di limbungan kapal di Murmansk.

 

Dengan sekatan ekonomi oleh Barat, maka usaha Moscow untuk membina lebih banyak kapal-kapal pengangkut pesawat dan kapal perang yang besar sebagaimana yang digariskan oleh Doktrin Maritim yang baru sahaja dilancarkan itu bakal berdepan dengan jalan yang lebih sukar.

Sementara itu pakar-pakar juga mengatakan bahawa di bawah Doktrin Maritim yang baru dilancarkan itu, Russia akan lebih menumpukan perhatiannya kepada Armada Pasifik berbanding armada tentera lautnya yang lain.

Ini adalah supaya ia dapat bersama-sama dengan sekutunya, China dalam bersaing dengan Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Indo-Pasifik. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...