Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Buatan Russia “Jatuh” Di Poland, Risiko Perang Dunia Ketiga Semakin Tinggi

Sejurus selepas insiden peluru berpandu Russia "jatuh" di Poland itu tersebar, banyak pihak menggesa supaya NATO mengambil tindakan terhadap "serangan" peluru berpandu Russia itu, yang mendekatkan lagi dunia kepada kemungkinan Perang Dunia Ketiga di antara Amerika Syarikat dan sekutunya, Eropah dengan Russia.

0 1,620

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Poland mendakwa peluru berpandu yang diperbuat di Russia telah “jatuh” di Przewodow yang merupakan sebuah bandar  terletak di bahagian timur negara itu , menyebabkan dua orang penduduk tempatan terkorban.

Presiden Ukraine Volodymr Zelensky menyifatkan kejadian itu sebagai satu perluasan (escalation) yang besar konflik Russia-Ukraine memandangkan Poland merupakan sebuah negara anggota NATO (North Atlantic Treaty Organisation).

Sementara itu Russia menafikan sebarang penglibatan dalam insiden itu.

Kerajaan Poland menyatakan bahawa ia sedang menyiasat tentang insiden peluru berpandu itu dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan angkatan tenteranya.

Pentadbiran presiden Amerika Syarikat Jo Biden memberi jaminan bantuan Washington dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

Poland
Kesan peluru berpandu buatan Russia yang jatuh di bandar Przewodow, Poland yang membunuh dua orang.

 

Bagaimanapun Jo Biden yang pada ketika ini berada di Bali, Indonesia menyatakan bahawa kemungkinan peluru berpandu yang jatuh di Poland itu tidak dilancarkan daripada Russia.

Kenyataan oleh Zelensky itu menyusul selepas pegawai-pegawai kanan perisikan Amerika Syarikat memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa peluru berpandu dibuat di Russia telah memasuki sempadan Poland dan membunuh dua orang.

Saksi kejadian juga menyatakan bahawa serangan peluru berpandu Russia itu telah membedil kedudukan di Poland yang terletak kira-kira 15 batu daripada sempadan Ukraine.

Kenyataan daripada Kementerian Luar Poland menyatakan bahawa peluru berpandu itu diperbuat di Russia.

Poland

Manakala Presiden negara itu Andrzej Duda pula lebih berhati-hati dalam kenyataannya, mengatakan bahawa walaupun peluru berpandu itu diperbuat di Russia tetapi ia tidak semestinya dilancarkan daripada Russia.

Sementara itu terdapat juga laporan bahawa Russia menyatakan bahawa peluru berpandu yang jatuh di Poland merupakan sebahagian daripada peluru berpandu sistem pertahanan udara Ukraine yang aktif bagi menangkis serangan udara yang dilancarkan oleh Russia.

Terdapat laporan mengatakan bahawa peluru berpandu yang jatuh di bandar Przewodow itu milik sistem pertahanan udara S-300 yang dioperasikan oleh tentera Ukraine.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Walaupun sistem pertahanan udara itu dioperasikan oleh Tentera Ukraine, tetapi sistem itu dibuat oleh Russia.

Sejurus selepas insiden peluru berpandu Russia “jatuh” di Poland itu tersebar, banyak pihak menggesa supaya NATO mengambil tindakan terhadap “serangan” peluru berpandu Russia itu, yang mendekatkan lagi dunia kepada kemungkinan Perang Dunia Kedua — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...