Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lima Buah Lagi Kapal Friget ASW Type 26 Bernilai RM20 Bilion Untuk Tentera British

Pada ketika ini BAE Systems sedang membina tiga buah kapal friget ASW kelas-City Type 26 untuk Tentera Laut British dan pembinaan lima buah tidak lama itu akan menjadikan bilangan keseluruhan kapal friget Type 26 itu di dalam armada Tentera Laut British kepada lapan buah.

0 2,058

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Britain bakal membelanjakan US$5 bilion (RM20 bilion) untuk membina lima buah kapal friget peperangan anti-kapal selam (ASW) kelas-City Type 26 bagi Tentera Laut British.

Kapal-kapal canggih itu akan dibina oleh syarikat BAE Systems.

Pada ketika ini BAE Systems sedang membina tiga buah kapal friget ASW kelas-City Type 26 untuk Tentera Laut British dan pembinaan lima buah tidak lama itu akan menjadikan bilangan keseluruhan kapal friget Type 26 itu di dalam armada Tentera Laut British kepada lapan buah.

Kontrak pembinaan bagi tiga buah kapal friget ASW kelas-City Type 26 telah ditandatangani pada 2017.

Kapal Type 26 yang pertama “Glasgow” dijangka akan mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut British pada akhir 2028, dengan kesemua lapan buah kapal itu dijangka diserahkan pada tentera laut oada pertengahan 2030-an

Type 26

Pembinaan lima buah kapal ASW kelas-City Type 26  itu memenuhi impian Tentera Laut British untuk memiliki lapan buah kapal perang itu dalam armadanya.

Kapal-kapal friget Type 26 ASW kelas-City akan menggantikan kapal-kapal perang Type 23 yang telah lama berkhidmat dengan Tentera Laut negara itu.

Dengan berat di antara 6,900 tan hingga 8,000 tan (full load), kapal friget ASW kelas-City Type 26 itu adalah sepanjang 149 meter dan mampu mencapai kelajuan sehingga 26 hingga 30 knot, dengan jarak operasi lebih daripada 7,000 batu nautika.

Kapal friget ASW terbaru Tentera Laut British itu berkemampuan membawa 157 orang anak kapal.

Type 26

Dilengkapi dengan radar dan sistem penderia yang canggih, kapal Type 26 itu juga akan memiliki pelbagai sistem peluru berpandu termasuk 48 buah peluru berpandu pertahanan udara Sea Ceptor dan 24 silo untuk melancarkan peluru berpandu anti-kapal atau peluru-peluru berpandu kruis.

Selain peluru berpandu, kapal Type 26 untuk misi anti-kapal selam itu juga akan dilengkapi dengan pelbagai jenis meriam daripada berkaliber 127mm untuk penembakan jarak jauh, 30mm serta Close In Weapon System (CIWS).

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Kapal friget Type 26 itu juga dilengkapi dengan kemudahan hangar yang besar sehingga boleh menempatkan dua buah helikopter yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu dan torpedo serta depth charges.

Selain itu, kapal perang Type 26 juga akan dilengkapi dengan Towed Array Sonar dan Bow Sonar serta pelbagai peralatan peperangan elektronik. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

.

 

Comments
Loading...