Disebabkan Kekurangan Pesawat Latihan, United Kingdom Terpaksa Hantar Juruterbang Ke Luar Negara
“Sebanyak 55 juta Pound Sterling (RM327 juta) adalah kos yang terpaksa ditanggung untuk menghantar juruterbang bagi menjalani latihan di Amerika Syarikat dan Italy . Ia adalah jalan penyelesaian yang pragmatik bagi mengatasi masalah kekurangan pesawat latihan Hawk T2 akibat masalah enjin dihadapinya,” kata sumber pertahanan United Kingdom.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan United Kingdom terpaksa membelanjakan jutaan Pound Sterling untuk menghantar juruterbang-juruterbang ke Amerika Syarikat dan Itali untuk latihan disebabkan ia kekurangan pesawat latihan.
Segala-galanya berpunca dengan enjin yang digunakan oleh pesawat latihan itu, Hawk T2 yang menyebabkan hanya separuh daripada pesawat itu boleh digunakan untuk tujuan latihan.
Disebabkan itu Kementerian Pertahanan United Kingdom telah membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk menghantar juruterbang-juruterbangnya ke luar negara bagi mendapatkan latihan sebelum mereka layak digelar sebagai juruterbang pesawat pejuang.
Masalah berkenaan kompresor tahap pertama (first stage compressor), yang merupakan peralatan kritikal pada enjin Rolls-RoyceTurbomeca Adour 951 digunakan oleh pesawat itu mula dikesan pada tahun 2022.
Disebabkan masalah itu, jangka hayat enjin itu telah dikurangkan daripada 4,000 jam kepada hanya 1,700 jam, dimana selepas itu ia memerlukan penyelenggaraan yang besar (major overhaul).
Ia menyebabkan bilangan pesawat untuk melatih juruterbang Royal Air Force (RAF) berkurangan kepada tahap kritikal.
Masalah berkaitan enjin yang digunakan oleh pesawat latihan Hawk T2 itu bermakna Kementerian Pertahanan Unite Kingdom menghantar tambahan sembilan orang juruterbang ke Amerika Syarikat untuk tujuan latihan bagi menyertai enam orang juruterbang yang telah pun berada di negara itu.
Bilangan juruterbang RAF yang menerima latihan pada ketika ini ada 12 orang.
Menurut laporan media-media tempatan di United Kingdom, latihan juruterbang di negara asing itu telah menyebabkan Kementerian Pertahanan United Kindom membelanjakan wang tambahan sebanyak 55 juta Pound Sterling (RM327 juta) untuk menampung program latihan di negara asing itu.
“Sebanyak 55 juta Pound Sterling adalah kos yang terpaksa ditanggung untuk menghantar juruterbang bagi menjalani latihan di Amerika Syarikat dan Italy . Ia adalah jalan penyelesaian yang pragmatik bagi mengatasi masalah kekurangan pesawat latihan Hawk T2 akibat masalah enjin dihadapinya,” kata sumber pertahanan United Kingdom.
Comments are closed.